SIRI 38
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan...
Dalil 8: Firman Allah:
sambungan...
Penjelasan 4:
Syirik terbahagi kepada dua:
●Pertama : Syirik Jali atau Syirik Akbar - Syirik yang menjadikan seseorang itu
murtad. Ini dibicarakan di dalam
Kitab-kitab Usuluddin.
●Kedua : Syirik khafi
atau syirik hati - Syirik tersembunyi
yang rosakkan Iman dan batalkan amal tetapi masih beriman. Ini dibicarakan di dalam KItab-kitab
Tasawwuf.
Kebanyakan orang Islam menyangka dosa Syirik khafi (Syirik
tersembunyi) tidak bahaya, sedangkan dipandang dari satu sudut, ia tidak kurang
bahayanya dengan Syirik Jali ( Syirik besar).
Firman Allah:
أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ
إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang
menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau
menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
[Al-Furqan, (25) :
ayat 43 ]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Aku sangat takut
syirik pada Ummatku. Walaupun mereka
tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”
[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي
مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ
يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ
(Ketika para Sahabat saling mengingatkan berkenaan Fitnah
Dajjal), Rasulullah ﷺ bersabda; "Mahukah aku khabarkan kepada kalian
mengenai sesuatu yang lebih aku khuwatirkan terhadap diri kalian daripada Al
Masih Ad-Dajjal?"
(berkata Abu Sa'id — perawi),
Kami menjawab, "bahkan kami mahu."
Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi, iaitu
seseorang mengerjakan Solat dan membaguskan Solatnya itu kerana ada seseorang
memperhatikannya."
[Ibnu Majah]
Penjelasan 5:
Munafiq juga terbahagi dua:
●Munafiq I'tiqadi atau hakiki (nifaq besar) -
Pura-pura Islam sedangkan hatinya kafir - ini persoalan di dalam Kitab
Usuluddin.
●Munafiq Amali (nifaq kecil) - berdosa besar tetapi tidak mengeluarkan dari
Islam - Ini di dalam Kitab Tasawwuf.
Penjelasan 6:
Kebanyakan orang beriman walau sekecil mana Imannya tahu
berkenaan Syirik Jali atau Syirik Akbar iaitu sembah berhala atau sembah
patung, sembah matahari... maka tak mungkin mereka melakukan Syirik Akbar
itu. Namun kebanyakan orang Islam tidak
terlepas dari Syirik Khafi dan munafiq kecil.
● Apakah itu Syirik Khafi dan munafiq kecil?
● Apakah sifat-sifat yang menjerumuskan seseorang kepada
syirik khafi dan nifaq kecil?
● Bagaimanakah hindari semua sifat-sifat tersebut?
● Bagaimanakah hapuskan langsung semua sifat-sifat tersebut
dari hati?
●Semua ini dijelaskan di dalam Toriqat (Tasawwuf). Mereka yang tidak menuntut Ilmu Toriqat
(Tasawwuf) dan amalkannya sungguh-sungguh dikhuatiri mati Su-ul Khatimah,
kerana menanggung dosa besar. Wal
Iyazubillah.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Barang siapa tidak mendapat bahagian di dalam ilmu
kaum Sufi (Syariat dan Toriqat), adalah dikhuatiri mati Su ul Khatimah"
[Ihya Ulumuddin]
Bersambung siri 39 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment