SIRI 44
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 16: Firman Allah:
sambungan....
Beberapa contoh Iblis membisikkan kesesatan, bukan sahaja
kepada orang jahil tetapi juga kepada orang-orang bergelar Ulama (fiqh).
Contoh 1:
Banyak khalifah-khalifah Kerajaan Islam dan panglima
memerintah kerajaan Islam menjadi zalim, fasiq dan jahat seperti syaitan. Antaranya Yazid bin Muawiyah dan Hajjaj yusuf
As Saqafi yang membunuh dan menzalimi orang-orang Islam yang tidak berdosa.
Contoh 2:
Golongan khawarij yang terdiri daripada orang yang HAFIZ
Qur'an, rajin beribadah sehingga berbekas dahi mereka lantaran sujud yang lama,
(orang abid yang kuat ibadah) tetapi mereka ini menerima La'nat Allah akibat
mengikut bisikan Syaitan sehingga menjadi sesat.
Contoh 3:
(Golongan ( syiah rafidhi) yang mengangkat Sayyidina Ali
sehingga ke taraf menjadi Tuhan atau menjadikan beliau sebagai Nabi terakhir.
Contoh 4:
Pemimpin 72 Golongan sesat (yang mufaraqah) dari Jalan Allah
yang sebenar adalah terdiri dari orang yang cerdik pandai Agama.
Perhatikan baik-baik..
Golongan yang disesatkan oleh Iblis seperti di atas adalah orang-orang
Islam, yang beramal, setengahnya hebat hafal Al Qur'an...!
Semua kesesatan tersebut tidak terjadi melainkan wujudnya
peranan syaitan dan nafsu, menggoda dan terus menggodanya sehingga menjadi
fasiq, zalim dan setengahnya jadi kafir.
Wal Iyazubillah.
Cara-cara untuk menghadapi jinn syaitan, strategi melawan
bisikannya, perisai dari gangguannya dan
kaedah-kaedah hapuskannya ada pada Mursyid yang Siddiq (benar), Pewaris Nabi yang sebenar.
Mursyid yang Siddiq adalah hamba-hamba Allah yang lama
terlatih memerangi Iblis dan kuncu-kuncunya pada waktu yang panjang. Mereka telah mendapat latihan dan keberkatan
dari pimpinan Guru mereka yang juga
Mursyid yang bersilsilah sampai Rasulullah
ﷺ. Dengan demikian mereka
(Mursyid yang Siddiq) mahir mengenali tipu daya syaitan dan cara-cara memerangi
jinn syaitan. Allah Ta'ala Kurniakan
mereka Ilmu khusus dari sisi-Nya untuk mematahkan segala tipu daya syaitan dan
hancurkan sekalian bala tenteranya.
Inilah sebab terpenting mengapa sekalian Masyaikh (jamak bagi Shaikh - Imam-Imam Ahlus Sunnah) terdahulu berfatwa
bahawa WAJIB bagi setiap Muslim mencari Mursyid yang Siddiq (benar) dan
berpegang kepada mereka. Dengan sentiasa mendampingi mereka dan menerima
nasihat-nasihat mereka, sekalian tipu
daya jinn syaitan yang datang dalam berbagai wajah yang licik dapat
ditumpaskan. Tanpa pimpinan Guru yang
arif ini, manusia Muslim akan sentiasa tewas kepada bisikan Iblis atau lebih
buruk lagi dia akan terkena serangan Jinn syaitan secara sembunyi masuk ke
dalam jantung dan aliran darah untuk mendatangkan berbagai gangguan terhadap
tubuh sehingga menggugat IMAN dan ibadah.
Adakah masih ada di sini mendakwa Ilmu Tasawwuf, Toriqat dan
pemimpinnya Mursyid yang Siddiq tidak penting bagi Agamanya? Adakah di sini
masih lagi mendakwa Ilmu Toriqat (Tasawwuf) itu bukan dari Allah dan Rasul?
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq
dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk
dimasuki oleh siapa sahaja). Oleh kerana
itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh yang membimbingnya, maka pasti
syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya (kepada
kesesatan). Barang siapa berjalan di
jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,
maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.”
[Ihya Ulumuddin]
Bersambung siri 45 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment