Monday, February 09, 2026

SIRI 36


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambungan


Dalil 7: Firman Allah:

sambungan....

 

 

Penjelasan 5: Solat Arifin (Ahli Ma'rifat)

Orang Arifin atau Arif Billah adalah hamba-hamba Allah yang telah sampai ke Maqam Tauhid yang sempurna. 

 

Salikin yang telah menempuh perjalanan yang panjang (lama), mujahadah melawan nafsu kejahatan di dalam dirinya pada jangka waktu yang lama, dengan bimbingan dan asuhan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), atas Anugerah Rabbul Jalil Yang Maha Agung, akan memperoleh Ma'rifat yang sempurna mengenal Allah. (Maqam Tauhid yang sempurna).  Iaitu darjat Arif Billah.

 

Ketika Solat (bahkan bila-bila masa sekalipun) hati, ruh dan Sirrnya (rahsia paling dalam) sentiasa muwajihah (menghadap) Allah.  Walaupun jasadnya di bumi, sekalian perasaannya menghadap Allah.  Walapun kakinya berdiri atas muka bumi, hati, ruh dan Sirr nya sedang berada di Hadratul Quddus di atas Arasy.  Solat mereka sempurna menyaksikan Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un. 

 

Ini sebagaimana isyarat Allah di dalam Kitab yang mulia:

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

 

"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau."

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]

 

Inilah Solat Rasul, Nabi dan sekalian Arif Billah dari kalangan Ummat Muhammad Rasulullah ﷺ.  Jika ditanya mampukah setiap Muslim yang beriman mencapai darjat termulia ini?

Jawapannya:

Setiap Muslim lelaki dan wanita mempunyai keluasan yang sama untuk mencapai Maqam Ihsan ini.  Allah Ta'ala telah menyediakan di dalam diri setiap manusia akan benih-benih Tauhid yang akan tumbuh membesar dan berbuah indah yang di-Redhai Allah apabila dihidupkan dengan zikrullah, disirami dengan cahaya Ketuhanan... 

mengikut panduan, syarat dan peraturan yang telah ditunjuk oleh Rasulullah ﷺ .

 

Sekalian Petunjuk Rasulullah  ﷺ itu diwarisi oleh sekalian Mursyid yang Siddiq - Pewaris Nabi yang muhaqqiq pada zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ.

 

Siapakah yang dikatakan Mursyid yang Siddiq?

 

Mursyid yang Siddiq adalah sebenar-benar Pewaris Rasulullah ﷺ yang mewarisi zahir dan batin Baginda.  Mereka mewarisi Ilmu Baginda zahir dan batin.  Mereka diangkat oleh Allah Ta'ala kepada Maqam Mahmud, mencapai Darjat Keimanan yang tinggi mengatasi manusia lain.

 

Bersambung siri 37 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 60 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...