Monday, February 09, 2026

SIRI 35


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...


Dalil 7: Firman Allah:

sambungan....

 

Penjelasan 4: Solat Orang awam

Orang awam adalah orang yang hanya berpegang kepada Syari'at (Fiqh) semata-mata dan tidak mengamalkan Toriqat  (Tasawwuf).  Mereka hanya amalkan segala bentuk amalan zahir (fiqh) tetapi tidak amalkan Zikir dan mujahadah menurut disiplin Ma'rifat seperti yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ .  Dengan demikian hati mereka kekosongan dari mengingat Allah, melainkan amat sedikit atau tiada langsung.   

 

Orang awam ini  TIDAK mencapai Tasawwuf (baca : kesucian hati) yang membolehkan hati mereka khusyu'.  Akibatnya sewaktu solat, hati mereka merewang ke muka bumi, hati mereka  di pasaraya, hati mereka  di sekolah, hati mereka masyghul uruskan kerja pejabat, bergaduh sana sini dan segala macam gambaran hidup yang telah dilalui dalam kehidupan.  Bahkan sejarah hidup puluhan tahun yang lampau pun menjadi mainan dan wayang pemikirannya.  Walaupun mulut membaca Takbir membesarkan Allah, walaupun mulut membaca Tasbih, walaupun mulut membaca Tahmid, namun HATI mereka tiada berserta-Nya.  Hati mereka leka menghadap dunia.  HATI mereka lalai dan sibuk dengan segala hiruk-pikuk dunia.  

 

Ringkasnya ketika solat, mereka tidak menghadap Allah sebaliknya menghadap makhluq dan dunia.  Inilah hal keadaan kebanyakan orang awam mengerjakan Solat...! 

Apabila disebut orang awam, ianya TIDAK  kepada orang jahil atau orang yang sedikit ilmu sahaja bahkan juga termasuk di dalam istilah orang awam adalah mereka yang banyak ilmu Agama (ilmu fiqh semata-mata), ustaz, kiyai, muallim yang hanya memiliki ilmu fiqh semata-mata sedangkan jiwa mereka kosong, jiwa mereka tiada hakikat Tasawwuf (baca kesucian hati) .... sampai lah Profesor dan PhD atau bergelar Ulama alim fiqh sekalipun tetap juga tiada khusyu' di dalam solatnya....!

 

Mengapakah ustaz, muallim, kiyai, Profesor juga tidak dapat khusyu' dan benar-benar ikhlas di dalam Solat ?

 

Maka Jawapannya:

Ini terjadi kerana mereka hanya berpegang kepada ilmu dan amal zahir (fiqh) semata-mata, sementara ilmu dan amal yang berkaitan dengan  batin hati — iaitu Toriqat Rasulullah ﷺ  yang sahih diabaikan.  Maka tiadalah mereka memperoleh Tasawwuf di dalam diri (baca : kesucian hati) yang membolehkan mereka khusyu’  di dalam solatnya.

 

Penjelasan 5: Solat Salikin

Salikin adalah orang yang menempuh Jalan Ma'rifat, yang amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih, dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ).

Solat Ahli Salikin yang mencapai Tauhid yang hakiki dan mencapai Tasawwuf (kesucian hati), hasil dari mujahadahnya serta Anugerah Allah kepadanya, adalah jauh berbeza dengan Solat orang Awam.

Ketika mereka mengangkat Takbiratul Ihram, hati dan ruh mereka sedang Mi'raj kepada Allah Ta'ala.  Walaupun kaki dan jasad mereka berdiri atas muka bumi, hati dan ruh mereka sedang menghadap Allah.  Walaupun mereka menjejak kaki di bumi, hati dan ruh mereka berdiri di langit Pertama atau Kedua atau Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam atau Ketujuh menghadap Allah. 

Ketika mulut mereka membaca Tahmid, hati mereka turut memuji Allah.

Ketika mulut mereka membaca Takbir, hati mereka melihat Kebesaran Allah.

Ketika ruku' dan sujud, hati mereka turut ruku' dan sujud.

Bahkan seluruh pergerakan dan lafaz di dalam solat diikuti dengan hati mereka menghadap Allah.  BUKAN menghadap makhluk dan BUKAN dunia.  

 

Bersambung siri 36 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...