Monday, February 09, 2026

SIRI 34


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...


Dalil 7: Firman Allah:

 

قَدْ أَفْلَحَ ٱلْمُؤْمِنُونَ ٱلَّذِينَ هُمْ فِي صَلاَتِهِمْ خَاشِعُونَ

 "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya"

[Al Mu'minoon (23) : Ayat 1-2]

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Sungguh beruntung dan bahagia dengan martabat Haqqul Yaqeen, yang merupakan martabat tertinggi Tauhid, penghujung Suluk serta perhentian pencarian dan irfan (Ma'rifat) orang Mukmin, iaitu yang mendalam keyakinan Ilmu serta kukuh dan mantap di dalamnya tanpa goyang dan berubah.  Iaitu orang-orang yang begitu dalamnya keimanan mereka serta begitu kuatnya kekukuhan dan kemantapan mereka dalam solat mereka yang merupakan mi'raj mereka untuk sampai kepada martabat keredhaan dan penerimaan khusyu', tunduk, merendah diri dan kasih sayang kepada Al-Haqq dari dalam hati dan dengan seluruh anggota badan tanpa ragu atau terpaksa."

[Tafsir Jilani]

 

Penjelasan ringkas:

 

Penjelasan 1:  Definisi:

Khusyu' (خُشُوْع) dari segi bahasa berasal dari kata: bererti ( خَشَعَ - يَخْشعُ )

penyerahan, hormat, tunduk, patuh, rendah hati

 

Khusyu' (خُشُوْع)  Dari segi istilah:

Khudurul Qalbi Ma'allah — Hadir hati berserta Allah.

Hadir hati berserta Allah, di dalam solat mempunyai beberapa maksud dan tingkatan menurut tingkatan keimanan atau Tauhid seseorang.  

 

Penjelasan 2:  Hukum Khusyu' dalam Solat:

Menurut Ahli Ma'rifat, khusyu di dalam Solat adalah wajib.  Tiada makna solat tanpa khusyu'.  Jika seseorang solat tanpa khusyu' langsung sepanjang solatnya, maka solatya tiada nilai di Sisi Allah walaupun taklif terangkat (kewajipan gugur jika dia menepati syarat dan peraturan menurut hukum fiqh).  Ini kerana matlamat Solat adalah "Ingat kepada Allah".

 

Berkata Imam Al-Ghazali Radhiallahu Anhu:

"Zahir Perintah Allah mendirikan solat [Toha (20) : Ayat 14] adalah membawa kepada hukum wajib.  Kelalaian (tidak khusyuk) adalah bercanggahan dengan sifat zikir (iaitu mengingati).  Maka sesiapa yang lalai dalam keseluruhan solatnya bagaimana dia itu dikira sebagai seorang yang mendirikan solat untuk mengingati Allah"

[Ihya Ulumddin]

 

Firman Allah:

 

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

 Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.

(Surah Taha : Ayat 14)

 

Penjelasan 3: Tingkatan Orang Solat:

Menurut Ahli Ma'rifat, orang beriman yang mendirikan Solat terdiri dari berbagai Tingkatan dan Darjat menurut Keimanan atau Tauhid atau Ma'rifat yang ada di dalam hatinya. 

 

Solat Orang Awam:

Jasadnya berdiri di bumi,  hati dan ruhnya juga di bumi, di dunia.

 

Solat Orang Salikin:

Jasadnya berdiri di bumi, namun hati dan ruhnya berada di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga atau Keempat atau Keenam atau Ketujuh menurut pencapaian Ma'rifat ( Tauhid ) masing-masing.

 

Solat Orang Arifin:

Jasadnya berdiri di bumi, hati, ruh dan Sirriyah (rahsia paling dalam) nya di atas Arasy,  di Hadratul Quddus.

 

Bersambung siri 35 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...