Monday, February 09, 2026

SIRI 32

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan


Dalil 5: Firman Allah:

sambungan...

 

Penjelasan tambahan:

Asal hati insan suci, kemudian dikotori

Asal HATI insan adalah suci. 

Asal RUH insan sudah mengenal Allah ketika di Alam Nur (alam Tinggi Ketuhanan)

Insan menyaksikan Zat Allah ketika sekalian RUH-RUH mereka di Alam Nur.

 

Ketika di Alam Nur, Ruh manusia suci bersih tanpa sebarang noda.  Ketika Allah Ta'ala menjadikan sekalian Ruh manusia dan dihimpunkan di Alam Nur , lalu Dia (Allah) bertanya kepada sekalian Ruh-Ruh :  "Bukankah Aku Tuhan kamu",  maka sekalian Ruh-Ruh itu menjawab serentak :  "Bahkan, kami menjadi saksi atas demikian itu"

 

Firman Allah:

 

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ قَالُواْ بَلَىٰ‌ شَهِدۡنَآ‌ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Bahkan (Benarlah Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Qiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.

[Al-A'raf (7) : Ayat 172]

 

Firman Allah ini mengandungi beberapa penegasan penting, bahkan antara yang TERPENTING di dalam memahami  Sistem Tarbiyyah Ruhaniyah — Tarbiyyah  Tazkiyatun-Nafs yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah ﷺ .

 

(1) Di dalam ayat ini terkandung Pengisytiharan bahawa sekalian Ruh manusia telah bersyahadat akan Keesaan Allah, telah Ma'rifat kepada Allah, telah  kenal Allah dengan sebenar kenal.

 

(2)  Ruh-Ruh di alam Nur melihat Zat Allah  tanpa sebarang hijab (pendinding atau tirai atau halangan ) apa pun.

 

(3) Ketika Ruh manusia dimasukkan ke dalam janin (rahim Ibunya), ia mula terhijab (terdinding) dari melihat Wajah Allah ...  disebabkan darah daging yang membalutinya.  Kemudian tambah lapisan-lapisan hijab  lagi akibat dari makanan, pergaulan dan dosa-dosa.  

 

(4) Manusia seluruhnya akan dihimpunkan semula di hadapan Allah untuk menerima Pengadilan-Nya.  Beruntunglah mereka yang sucikan HATI dan RUHnya dan kembali kepada Allah sebelum dia dijemput kembali secara fizikal dengan dicabut ruhnya.  Dan merugilah orang yang telah mengotori HATInya serta biarkannya di dalam kekotoran, yang dimaksudkan adalah kekotoran ma'nawiyyah)

 

(5) Manusia tidak mempunyai alasan bahawa mereka tidak diberi peringatan berkenaan hari Pertemuan di Akhirat kerana awal-awal Allah Ta'ala telah mengambil janji dengan mereka.

 

Renungkanlah dan mohon Petunjuk Allah, Moga di-Tunjukki jalan lurus — Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen) serta jauhi Sekalian firqah-firqah yang terkeluar dari Ahlus Sunnah yang benar (tulen).

 

Bersambung siri 34 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 8: BAI'AT KEPADA MURSYID YANG...