Monday, February 09, 2026

 SIRI 31


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

sambongan...

 

Dalil 5: Firman Allah:

 

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا

 

“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : Ayat 9-10]

 

Berikut ringkasan berkenaan Perintah Allah menyuruh sucikan hati sebagaimana difatwa oleh sekalian Ulama Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya Allah) :

 

1. Ayat ini ayat Perintah WAJIB atau Fardhu Ain di atas setiap individu Muslim, iaitu menyucikan hatinya daripada kekotoran dan kekejian maknawiyyah adalah Fardhu 'Ain atas setiap diri Muslim dan membiarkannya di dalam kekotoran (syirik, mazmumah dan ghaflah) adalah suatu keingkaran yang akibatkan kefasikan.

 

2.  Keberuntungan serta  kejayaan dunia Akhirat dihubungkan dengan "Penyucian Jiwa" dan Kegagalan serta Kerugian dunia Akhirat dihubungkan dengan "Hati yang kotor".

 

4. Sesiapa yang TIDAK berusaha menyucikan hatinya yang kotor dan ternoda, maka dia jatuh kepada dosa besar tanpa disedari, bahkan semua amalnya akan terhapus dan IMANnya hampir saja musnah.  (disebabkan syirik khafi dan mazmumah)

 

Perhatikanlah dengan mata hati yang tajam....

Ayat yang cukup pendek, tetapi membawa makna yang sangat mendalam...!

Bahkan boleh dikatakan inilah intisari Agama, intisari TAUHID, intisari kehidupan dan kesudahan INSAN, Natijah di Akhirat menghadap Rabbul Jalil Yang Maha Perkasa.

 

Apakah makna hati kotor?

Apakah makna hati suci?

Apakah puncanya  hati menjadi kotor?

Bagaimanakah cara sucikan hati yang telah kotor?  

Apakah alatnya?

Apakah hadnya?

Apakah tanda-tanda hati telah suci?

Bagaimanakah seseorang Muslim mengetahui dia telah menyempurnakan kewajipan dia untuk "menyucikan diri" sebagaimana Perintah Allah di atas?

 

Apabila Allah Ta'ala Memerintah suatu Kewajipan di dalam Agama, Ubudiyyah dan Tauhid, maka pasti di sana Allah Taala Wahyukan cara-caranya, qaidahnya, syarat dan peraturannya.  Tidak mungkin Allah Ta'ala memerintah suatu hal dan biarkan manusia tercari-cari tanpa panduan.

 

Jika demikian di manakah caranya?

Bagaimanakah cara mendapatkan qaidah, peraturan dan syarat-syaratnya?

Siapakah yang mengetahuinya secara pasti?

 

Jawapannya:

Semua hal yang berhubung dengan HATI, JIWA, AQAL, RUH dan cara-cara menyucikannya ada di dalam diri Rasulullah  ﷺ.  Allah Ta'ala Kurniakan Baginda segala ilmu yang diperlukan untuk Sucikan hati manusia. Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda ubat dan penawar bagi setiap penyakit hati manusia.  Rasulullah ﷺ memiliki jawapan kepada setiap persoalan berhubung dengan kejiwaan dan kemanusiaan.  Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda segala kelengkapan zahir dan batin bagi menyempurnakan tuntutan Allah yang Maha Agung ini.

 

Perhatikanlah dengan hati yang jernih, inilah Toriqat Rasulullah ﷺ, di mana sekalian persoalan, cara-cara, qaidah, peraturan, syarat dan langkah-langkah terperinci tersusun rapi bagi menyempurnakan Perintah Allah tersebut.

 

Cara-cara penyucian hati,  qaidahnya, peraturannya, syarat dan langkah-langkah ini kemudian diwarisi oleh Sekalian Pewaris Baginda yang Siddiq, yang dikenali Mursyid yang Siddiq dengan jalan yang amat seni dan penuh rahsia Ketuhanan. 

 

Dengan demikian berguru kepada Mursyid yang Siddiq (Yang sebenar-benar mewarisi Nabi)  serta ambil dari mereka Syari'at dan  Toriqat Rasulullah ﷺ adalah WAJIB atau Fardhu Ain tanpa khilaf.

 

Moga hamba-hamba Allah yang membaca risalah ini  memperoleh hidayah untuk memahaminya.


Bersambung siri 32 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 8: BAI'AT KEPADA MURSYID YANG...