SIRI 30
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan.....
Dalil 4: Firman Allah:
sambungan....
Apabila diperincikan maksudnya adalah:
Para Sahabat Ridhwanullah
dan mereka yang mengikuti mereka (sahabat) dan mereka yang mengikuti
mereka lagi — sambung- menyambung sampai
Qiamat. Ini yang dipanggil Silsilah
Rasulullah ﷺ . Ertinya maksud "pengikutku" itu TIDAK semata-mata terhenti pada Sahabat
yang hidup secara fizikal bersama Rasulullah ﷺ
tetapi pengertian luasnya menjangkau kepada Seluruh Angkatan Pimpinan
Mursyid atau Ahli Ma'rifat atau Ahli Sufi sehingga Qiamat. Angkatan Mursyid ini
juga dikenali sebagai Ulama Pewaris Nabi yang sebenar, Khalifah dan Sahabat Rasulullahﷺ .
(4) Di dalam Ayat Qur'an ini Ungkapan " هَذِهِ سَبِيلِي " (Inilah Jalanku) digunakan adalah isyarat
kepada "Jalan Ma'rifat" ,
" Jalan Rasulullah ﷺ yang sebenar", " Jalan Menuju Allah yang sebenar"
yang menghimpun kedua-dua Syari'at zahir (Syari'at) dan Syari'at batin (Toriqat) Rasulullah ﷺ.
(5) Ungkapan " عَلَى بَصِيرَةٍ " (penyaksian mata hati yang amat jelas ) itu
adalah isyarat kepada Tauhid hakiki yang terbit dari hati yang telah
benar-benar suci bersih, iaitu suci bersih dari syirik khafi, mazmumah ghaflah,
aghyar. Inilah Tauhid sebenar yang dituntut setiap Muslim mencapainya. Hati yang benar-benar suci bersih dan mata hati yang terbuka kepada Ketuhanan ini
hanya tercapai setelah seseorang amalkan kedua-dua Ilmu Syari'at dan Toriqat
Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.
(6) Basirah (mata hati) hanya diperoleh dengan amalkan
kedua-dua Ilmu Zahir (Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat).
Mereka yang tidak mengambil kedua-dua Ilmu (Syari'at dan
Toriqat Rasulullah ﷺ) dan tidak pula amalkannya dengan bimbingan Mursyid yang
Siddiq, maka selamanya akan bergelumang di dalam syirik khafi, (syirik
tersembunyi)
mazmumah (kekejian hati) dan ghaflah (kelalaian) kerana mereka tidak mempunyai jalan untuk
sucikan hati mereka, maka tiadalah mereka memperoleh mata hati. Mereka TIDAK
memiliki mata hati, maka mana mungkin mereka mengenal Allah dan Ubudiyyah
kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
(7) Ungkapan "
وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
" ( Dan bukanlah aku dari
golongan musyrikin) adalah isyarat dan penegasan semula akan kewajipan
hapuskan _syirik khafi_ dari hati untuk memperoleh Tauhid yang
benar, iaitu WAJIB keluar dari Takabbur, Ujub, Riya', Sum'ah, tawakkal kepada makhluq. Semua macam syirik khafi ini TIDAK mungkin
dibuang dari hati melainkan dengan Proses Penyucian hati dan ruh dengan Jalan
Ma'rifat — dengan cara amalkan kedua-dua
Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ. dengan mengambil talqin dari "Ahli
Basirah" — Mursyid yang Siddiq.
(Musyrikin di dalam ayat tersebut BUKAN ditujukan kepada
penyembahan berhala yang zahir, sebaliknya maksudnya tertuju kepada
"penyembahan" kepada "berhala hati" yang disebut syirik
khafi.)
Hamba-hamba Allah yang jujur dan benar di dalam Pencarian
mereka "kembali kepada Allah" akan menemui mutiara paling berharga di
dalam Perintah Allah ini.
Bersambung siri 31 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment