SIRI 29
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan.....
Dalil 4: Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا
وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang
mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang
jelas, penyaksian mata hati). Maha Suci
Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf (12) : Ayat 108]
Al Imam Sulton Auliya,
Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh
mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau:
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang
mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar yang
akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ yang
akan mewarisi ilmu batin Baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada
hampir dengan Allah. Manusia yang
demikian digambarkan sebagai ‘pelindung dan pembimbing sebenar’. ( وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ا = Wali
Mursyid) [Surah al-Kahfi (18) : Ayat
17] "
Dalam ayat ini juga menyebut bahawa Rasulullah ﷺ mengajak
manusia kembali kepada Allah dengan
"pandangan yang terang nyata", di dalam ayat Qur'an ini disebut basirah ( عَلَى بَصِيرَةٍ ). Apakah maksud
Basirah?
Basirah adalah dari ruh asli yang terbuka kepada mata hati
para Auliya Allah. Basirah tidak akan terbuka dengan ilmu zahir (syari'at) sahaja, tetapi wajib
disertai dengan Ilmu batin (Toriqat), hasilnya
Ladunni yang di-Kurniakan oleh Allah langsung dari Sisi-Nya. Untuk memperoleh "mata hati" ini manusia wajib mengambilnya dari Ahli Basirah, iaitu mengambil talqin dari seorang
Wali Mursyid yang telah berkomunikasi dengan Alam Lahut.
[Tamat nukilan dari kitab Sirrul Asrar fi Ma Yahtaju Ilayhil
Abrar]
Syarahan Ringkas bagi Dalil ke-2:
Kalimat Agung Allah di atas serta tafsirannya oleh Sulton
Auliya memberikan gambaran jelas berkenaan beberapa perkara:
(1) Rasulullah ﷺ sebagai Wakil Allah dan Pemimpin Agung yang
membawa manusia kepada kebenaran, iaitu membawa manusia Ma'rifah — mengenal
Allah dan ubudiyyah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
(2) Allah Ta'ala Perintahkan kepada Rasulullah ﷺ untuk menyampaikan khabar kepada seluruh
Ummat manusia bahawa "jalan" yang Baginda bawa itulah jalan sebenar
yang membawa kepada Allah dengan selamat.
Jalan selainnya akan membawa kesesatan, kesyirikan dan kekafiran.
Bersambung siri 30 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment