SIRI 26
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan.....
Dalil 2: Firman Allah:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk
beribadah kepada-Ku”
[Adz-Dzaariyaat (51) : Ayat 56]
Kata Ibnu Abbas Radhiallahu Anhu:
"Yang dikhendaki dengan
Kalam Allah " يَعْبُدُونِ
" (Ya'budun) pada ayat di atas adalah sebenarnya " يعرفون " (ya'rifun) iaitu Mengenal Allah (di dalam
Pengetian mendalam disebut Ma'rifat).
[Tafsir Ibnu Abbas]
Sekalian Ulama Arif Billah sepakat dengan pengertian ini.
Maka maksud Perintah Allah di atas adalah:
"Tidaklah Allah Ta'ala ciptakan jinn dan manusia
melainkan untuk mengenal Allah dengan sebenar kenal dan kemudian melakukan ubudiyyah —
ketaatan kepada Allah dan beribadah kepada-Nya dengan tulus ikhlas.
Ungkapan Ubudiyyah itu pada hakikatnya adalah
"Perhambaan" dan bukan semata-mata ibadah. Pengertian "ibadah" membawa maksud umum kerana pekerjaan "ibadah"
dikerjakan juga oleh manusia-manusia lain yang menganut agama lain, atau
tegasnya orang kafir dan Musyrik.
Berbeza dengan Ubudiyyah, ia membawa pengertian yang amat suci dan mulia
— Penyerahan diri sebagai hamba yang faqir di hadapan Allah.
Oleh yang demikian pengertian "Ma'rifat" (Mengenal
Allah dengan sebenar kenal) dan "Ubudiyyah" (Perhambaan sempurna)
itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala ke atas manusia, (tujuan
penciptaan manusia), BUKAN pengertian sempit "ibadah".
Bagaimanakah cara untuk Mengenal Allah ....
" يعرفون " ?
Bagaimanakah cara sebenar Ubudiyyah?
Bagaimanakah cara menyempurnakan tuntutan Allah di dalam
ayat tersebut?
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu
Anhu menjelaskan darihal ayat ini:
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita.
Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at.
Kedua Ilmu batin,
disebut Ma'rifat atau Toriqat.
Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari
Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya
membuahkan Haqiqat. Seperti halnya pohon
dan daunnya yang menghasilkan buah. Sebagaimana Firman-Nya di dalam Surah Ar Rahman : ayat 19 (مَرَجَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ يَلۡتَقِيَانِ )
Dengan ilmu zahir sahaja, manusia tidak akan mencapai
Haqiqat dan tidak akan sampai kepada Matlamat Ubudiyyah. Ubudiyyah yang benar dan sempurna hanya akan
wujud oleh perpaduan antara ilmu zahir (Syari'at Rasulullah ﷺ) dan ilmu batin
(Toriqat Rasulullah ﷺ). Dengan ini dapat
menyempurnakan tuntutan Ma'rifat dan
Ubudiyyah sebagaimana Firman Allah
"وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ".
[Tamat Nukilan dari Kitab Sirrul Asrar]
Di dalam bahasa yang mudah difahami:
Tujuan Penciptaan manusia adalah untuk mengenal Allah dengan
sebenarnya, yakni Ma'rifat. Untuk
memperoleh "Ma'rifat" dan
seterusnya "Ubudiyyah" yang hakiki, setiap orang beriman wajib
mempelajari dan amalkan kedua-dua Ilmu yang diterima dari Junjungan Besar
Rasulullah ﷺ, iaitu Ilmu Zahir
(Syari'at) dan Ilmu Batin (Toriqat) dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq.
Jika seseorang hanya amalkan ilmu zahir (Syari'at) sahaja
dan tinggalkan ilmu batin (Toriqat) atau
dia hanya amalkan ilmu batin (Toriqat ) sahaja dan abaikan Ilmu Zahir
(Syari'at), maka dia sama sekali tidak akan dapat mengenal Allah dengan sebenar
dan tidak mungkin dapat Ubudiyyah (perhambakan diri) di dalam ertikata yang
sebenar sebagaimana yang dituntut oleh Allah.
Bahkan orang-orang seperti ini di dalam bahaya kebinasaan Iman.
Bersambung siri 27 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment