SIRI 25
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan.....
Dalil 1:
sambungan...
Kedua-dua ilmu ini — iaitu Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
dihimpunkan oleh Ulama-ulama Ahlus Sunnah kemudiannya kepada bidang
masing-masing menjadi Disiplin Ilmu yang tersendiri:
Ilmu Syari'at dikenali juga sebagai Ilmu Fiqh.
Ilmu Toriqat kadangkala disebut juga sebagai Ilmu Tasawwuf
atau Ilmu Tazkiyyatun-Nafs (Ilmu Menyucikan Hati).
Maka kita faham pada kedua-dua pengertian ini, bahawa Wahyu
Pertama yang turun kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ mengandungi Perintah
Allah yang mutlaq, pengertian Agung
kepada dua macam ilmu:
Ilmu zahir (takluk kepada anggota zahir) dan Ilmu batin
(takluk kepada hati dan ruh) yang WAJIB didokong oleh Rasulullah ﷺ dan Ummat
Baginda bagi menyempurnakan Tauhid dan Ubudiyyah kepada Allah Ta'ala. Dan
sekaligus menyempurnakan Amanah sebagai Khalifah Allah di atas muka bumi.
Penegasan di sini:
Kedua-dua Syari'at dan Toriqat terbit dari Wahyu Ilahi. Cuma pada hayat Rasulullah ﷺ belum ada
pembahagiannya.
[Tamat nukilan kitab: Risalah Naqsyabandiah Al- Kholidiyah, Siri 1 ms. 5]
Difaham pada kata-kata hikmah Al-Qutb Tajul Arifin Shaikh
Yahya Al-Kholidi, Toriqat itu adalah
Wahyu Ilahi yang sampai kepada kita melalui jalan yang mutawathir, iaitu khabar
paling sahih yang TIDAK boleh diingkari oleh sesiapa pun.
Bersambung siri 26 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment