SIRI 24
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 1: Firman Allah:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَق
خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَق اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ الَّذِي عَلَّمَ
بِالْقَلَمِ عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ
يَعْلَم"
"Iqra’ (bacalah) dengan menyebut nama Tuhanmu yang
menciptakan. Dia telah Menciptakan
manusia dari segumpal darah. Iqra’ (bacalah), dan Tuhanmu lah yang Maha
Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan Kalam. Dia Mengajarkan kepada manusia apa yang tidak
diketahuinya."
[Al ‘Alaq (96) : Ayat 1-5]
Kalimat " اقْرَأْ
" (iqra) lazim diertikan secara
umum sebagai "baca". Ini kita semua
tahu dan kenal.
Walau bagaimanapun Kalimat ini tidak hanya terbatas pada
makna "baca" menurut pengertian sempit. Tetapi ianya suatu "pengisytiharan
Agung" yang mengandungi makna yang sangat mendalam.
Menurut Ulama Bahasa Arab:
Kalimat Agung dan Wahyu
Pertama ini ditinjau dari nahwu (tatabahasa) dan balaghah (bahasa) mempunyai beberapa makna iaitu
; menghimpun kalimat, menyusun
kata-kata, menyebut, mengingat,
berzikir, merenung, membaca yang tersurat, merenung yang tersirat, lihatlah di
dalam diri, renunglah sekalian ciptaan, renunglah kepada Pencipta kamu....
Menurut Ulama Arif Billah, Kalimat "Iqra"
mendukung makna yang sangat
mendalam, mencakupi dua pengertian
Agung:
Pertama:
Makna "baca" dengan pengertian ilmu tersurat
iaitu ilmu hukum-hakam terangkum di
dalam Al-Qur'an berkaitan dengan ibadah anggota zahir — ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat,
haji dan juga meliputi muamalah, munakahat, jenayah, pemerintahan, negara dan
lain-lain. Ini kemudiannya dikenal
sebagai Ilmu Syari'at.
Kedua:
Makna "baca" dengan pengertian ilmu yang tersirat
iaitu "Zikrullah, Merenung dan
Mengenal" yang terangkum di dalam Al-Qur'an yang berkait dengan ibadah anggota batin
- iaitu penyucian hati dan ruh dari
kekotoran jahiliyah dan kekejian
ma'nawiyyah. Ilmu ini kemudiannya
dikenali sebagai Ilmu Toriqat.
Kenyataan kepada Ilmu Syari'at dan Ilmu Toriqat yang
menerbitkan Ma'rifat ini diterangkan oleh Kalam Allah berikutnya.....
الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ
Yang Mengajar manusia dengan perantaraan Kalam. Ini meliputi hukum-hakam Syari'at yang
ta'luk kepada anggota zahir yang kemudiannnya dikenali sebagai Syari'at.
dan ...
عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا
لَمْ يَعْلَمْ
Dia Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ini meliputi Ilmu Toriqat yang membawa kepada
Ma'rifat mengenal Allah dengan sesungguhnya.
Allah Mengajar manusia, ertinya Allah Mengajar kamu suatu ilmu dari
Sisi-Nya, ilmu yang kamu tidak pelajari, tetapi semata-mata Ilmu yang Dia
Limpahkan ilmu ke dalam dada kamu.
Maksudnya adalah :
Ilmu yang tidak dipelajari tetapi didapati dengan mujahadah pada jalan
Allah menurut disiplin tertentu dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq sehingga
Allah memperkenan mengajar Insan ilmu
(yang khusus) dari Sisi-Nya. Dia
Melimpahkan ilmu ke dalam dada insan yang bersungguh-sungguh mencari-Nya
sehingga insan ini mengenal Allah dengan pandangan mata hati dan penghayatan
ruhnya. Maka jadilah insan ini melakukan
ubudiyyah dengan tulus ikhlas tanpa sekutu dengan apa pun. Ilmu inilah yang dikenali sebagai Ilmu
Toriqat yang menghasilkan Ma'rifat.
Bersambung siri 25 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment