SIRI 23
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 4: Definisi Tasawwuf
sambongan...
(9) Menjelaskan Hubungan dan Kaitan Toriqat dan Tasawwuf:
●Tasawwuf adalah permata atau buahnya atau matlamat diri
insan yang bertaqwa yang ingin dicapai sedang Toriqat menunjukkan jalan-jalan bagi mencapai
kecemerlangan tersebut.
●Tasawwuf menyebut kesucian hati dan ketinggian akhlaq
mulia, sedangkan Toriqat mengatur langkah-langkah, amal soleh, sistem mencapai
kemuliaan dan kesucian tersebut.
●Tasawwuf menyebut kewajipan setiap orang beriman
membersihkan hati dari syirik khafi (syirik tersembunyi), mazmumah (sifat keji) dan ghaflah (kelalaian), sedang Toriqat melatih
melakukan amal-amal soleh yang terdiri
dari zikrullah, mujahadah, khilwah
(uzlah) dan lain-lain untuk menjadikannya kenyataan pada diri setiap insan yang
menuju Allah.
●Tasawwuf menyebut halangan-halangan berupa nafsu, syaitan,
makhluq dan dunia, yang sentiasa
menghambat manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekufuran. Sedang Toriqat adalah praktis menyediakan
benteng diri, perisai dan senjata bagi melawan sekalian bisikan-bisikan hawa
nafsu syaitan.
(10) Analogi kaitan antara Toriqat dan Tasawwuf
Pesakit parah, ubat, rawatan dan Doktor Pakar
Analogi 1:
Katakan seseorang terlibat di dalam kemalangan serius yang
boleh meragut nyawanya.
Pesakit yang cedera parah dalam kemalangan perlukan rawatan
segera. Pesakit yang cedera parah ini
memerlukan doktor pakar yang mengetahui selok-belok kecederaan dan rawatannya
yang sesuai. Pesakit ini TIDAK boleh
dirawat di klinik biasa atau doktor biasa kerana kesakitannya yang amat
parah. Menurut kajian sains dan hukum
aqal, orang yang cedera parah akan maut jika tidak dirawat segera dan rawatan
mesti dilakukan oleh pakar, bukan doktor biasa.
Pesakit tadi dibawa ke hospital pakar dan dirawat oleh
doktor pakar. Doktor pakar menggunakan
kaedah-kaedah khusus untuk merawat pesakit.
Pesakit akan diberi ubat atau penawar yang sesuai untuk menyembuhkan
kecederaannya. Pesakit diberi penjagaan
rapi di bilik khas. Doktor pakar ulang
alik bagi memastikan tiada jangkitan kuman pada kecederaan dan ubat yang diberi
memadai untuk penyembuhan.
Cuba perhatikan sungguh-sungguh anologi di atas:
1. Ilmu yang
menjelaskan tentang parahnya orang yang cedera dan sakit, ilmu berkenaan
perlunya rawatan segera, ilmu berkenaan pakar yang perlu merawatnya. Ini adalah
ibarat Ilmu Tasawwuf.
2. Pesakit dibawa ke
Hosptal Pakar dan kemudian dirawat oleh doktor pakar dengan kaedah-kaedah
rawatan khusus, dengan berikan suntikan dan ubat-ubat yang tertentu dan diberi
penjagaan rapi sehingga sembuh, ... semua ini adalah ibarat Toriqat.
3. Doktor pakar yang merawat pesakit tadi sehingga sembuh
dan selamat dari "maut" adalah
ibarat Shaikh Mursyid di dalam Agama.
Bersambung siri 24 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment