SIRI 28
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
sambungan.....
Dalil 3: Firman Allah:
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ
عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ
وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf, seorang
Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan
mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan
pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya
mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) :
Ayat 2]
Kata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
Rasulullah ﷺ diutus untuk mendidik para Sahabat sehingga
suci bersih hati mereka dari Syirik
(syirik khafi), iaitu mencapai Tauhid.
[Tafsir Ibn Abbas]
Ahli Ma'rifat memberikan tafsiran lanjut:
Allah Ta'ala mengutus Rasulullah ﷺ untuk menyucikan batin
para Sahabat daripada semua jenis syirik — Syirik Jali (Syirik Akbar) dan Syrik
Khafi (syirik tersembunyi di dalam hati) sehingga mereka menjadi insan suci
dan mengenal Allah Ta'ala dengan sebenar-benarnya,
menyempurnakan Ubudiyyah dengan tulus ikhlas,
memperoleh Ilmu Hikmah, Ma'rifah dan Taqwa yang tinggi.
Pada Ayat Suci Al- Qur'an ini terdapat banyak sekali faedah
kepada orang beriman merenung dan mengambil i'tibar sesuai dengan Pendirian
Ahlus Sunnah Wal Jamaah berhubung dengan Qaidah-Qaidah Rasulullah ﷺ yang
mendidik dan memproses batin hati para Sahabat bagi menerbitkan
"kesucian" di dalam dirinya. Pada hakikatnya ini adalah Manhaj Al-Qur'an yang Allah Ta'ala
Perintahkan kepada Baginda Rasul ﷺ.
Qaidah Tarbiyyah Rasul ﷺ
kepada Sahabat inilah yang dinamakan Toriqat Rasulullah ﷺ.
Pemimpin yang di-Amanahkan oleh Allah untuk menyucikan batin
para Sahabat sehingga mencapai TAUHID dan UBUDIYYAH yang luhur adalah
Rasulullah ﷺ sendiri. Kemudian
Qaidah-Qaidah Tarbiyyah ini diwarisi oleh Sekalian Pewaris-Pewaris Baginda yang
terpilih.... sambung-menyambung sampai Qiamat.
Merekalah Mursyid yang Siddiq,
Pewaris Nabi yang Muhaqqiq, Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat, Sahabat dan Khalifah
Rasul ﷺ.
Firman Allah:
سُوۡرَةُ فَاطِر
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ
فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ
بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh
orang-orang yang Kami Pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara
mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengendahkan
ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya
pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin
Allah. Yang demikian itu ialah limpah
Kurnia yang besar (dari Allah semata-mata).”
[Faathir (35) : Ayat 32]
Seseorang Muslim TIDAK mempunyai jalan untuk menyucikan HATI
dia dari syirik khafi dan kekejian melainkan dia berpegang kepada Mursyid yang
Siddiq dan menekuni Tarbiyyah Ruhaniyah berdasarkan Toriqat Rasulullah ﷺ
disamping berpegang teguh kepada Syari'at.
Adakah masih di antara kalian cuba mengatakan Toriqat Rasul
itu bukan suatu kewajipan atas setiap Muslim?
Adakah masih ada yang cuba mengatakan berguru kepada Mursyid
yang Siddiq itu tidak wajib?
Adakah manusia masih ingkar akan kewajipan amalkan Toriqat
berserta dengan Syari'at?
Bersambung siri 28 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment