Saturday, February 07, 2026

 SIRI 21


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

 

Fasal 3: Definisi Fiqh

 

 

Dari segi bahasa:

Fiqh (الفقه) berasal dari kata  ( فقه يفقه فقها) bermaksud:

pemahaman, pengertian, memahamkan, mengajarkan, mendidik, mendalami.

 

Dari segi istilah:

Fiqh (الفقه) adalah ilmu yang menerangkan hukum-hukum syara’ yang ditetapkan secara khusus bagi perbuatan-perbuatan _mukallaf_ (akil baligh) meliputi wajib, haram, harus, sunnat, makruh, sah dan batal.

 

Penjelasan:

 

(1) Ilmu Fiqh adalah ilmu yang terbit dari Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah diambil dari Kitabullah, Sunnah Rasulullah ﷺ.

 

(2) Masyaikh Ahlus Sunnah mendefinisikannya sebagai ilmu-ilmu berkenaan hukum-hakam syari’ah yang bersifat amali, yang diambil daripada dalil-dalil syar’ie yang terperinci.

 

(3) Daripada berbagai pendapat (Ijtihad) Ulama maka lahir berbagai _mazhab fiqh_. Empat mazab fiqh yang masyhur menurut Ahlus Sunnah adalah :  Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab Syafi'e, Mazhab Hambali

 

(4) Perbezaan Syari'at dan Fiqh:

Syariat adalah hukum-hakam umum yang bersifat Ketuhanan yang tetap, tidak berubah sedangkan fiqh adalah Ijtihad,  tafsiran, pemahaman dan aplikasi praktikal syariat yang

dihasilkan oleh ulama' Ahlus Sunnah untuk menerangkan hal-hal ibadah zahir dan mengeluarkan fatwa dari semasa ke semasa menurut keperluan Ummat.

Syariat bersifat abadi dan universal, manakala fiqh bersifat kontekstual dan boleh berubah mengikut keperluan zaman. (Ijtihad Ulama)

 

(5) Hukum-hukum yang berkaitan dengan Tasawwuf (bab hati) tidak termasuk dalam perbicaraan ilmu fiqh.

 

(6) Asalnya, di zaman Rasulullah ﷺ dan Sahabat ungkapan "fuqaha" adalah ditujukan kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar, yang pemahaman beliau meliputi sekalian Ilmu zahir dan batin.  Apabila zaman berlalu, tinggallah Ulama yang hanya amalkan ibadah zahir sahaja, sedangkan Ilmu hati, pembersihan jiwa diabaikan. Mereka subahat kepada Pemerintah zalim, mengeluarkan fatwa sesat dan mnyesatkan.  Maka mereka adalah termasuk Ulama fiqh zahir atau Ulama As-su (ulama jahat).  Mereka bukan Ulama Pewaris Nabi yang sebenar.

 

Bersambung siri 22 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 8

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 8: BAI'AT KEPADA MURSYID YANG ...