SIRI 20
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 2: Definisi Toriqat
Dari segi Bahasa:
Toriqat ( طريقة ) adalah istilah Arab bermaksud Jalan, kaedah, manhaj, methodologi, mazhab, sistem
dan lain-lain.
Dari segi Istilah:
Sekalian Ulama Arif Billah, Ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah
yang muhhaqiq (benar) telah mengemukakan berbagai istilah untuk menta'rifkan
istilah Toriqat.
Definisi Pertama:
Toriqat adalah himpunan sekalian amal soleh yang berkait
dengan kebaikan hati dan ruh, diambil dari Kitabullah dan Sunnah Rasulullah ﷺ, serta dihimpunkan oleh Ulama Ahlus Sunnah
yang Arif, menjadi suatu Sistem Tarbiyyah (Pendidikan) yang
tersusun lengkap, bertujuan mendidik seseorang Muslim menjadi hamba Allah yang
sejati, dengan pimpinan Gurunya (Guru Mursyid yang benar).
Definisi Kedua:
"Toriqat adalah
Ilmu yang menyatakan segala syarat-syarat, peraturan, adab-adab dan kaifiyyat
(cara-cara) mengerjakan Zikrullah, Muraqabah (tafakkur atau merenung),
Musyahadah (syuhud atau
menyaksikan), sehingga seseorang itu
menjadi hamba Allah yang benar dalam Tauhidnya serta menjadi Ubudiyyah dengan
sebenar Ubudiyyah."
Definisi Ketiga:
Toriqat adalah Ilmu melatih jiwa seseorang hamba Allah
sehingga ianya bercahaya dengan cahaya Rabbaniyyah, menyucikan batin HATInya daripada
sekalian syirik khafi (syirik
yang tersembunyi), seperti takabbur, ujub, riya' dan lainnya, dan daripada sifat-sifat
mazmumah (sifat-sifat kekejian) seperti khianat, hasad dengki, tamak haloba, bakhil, cinta dunia dan lainnya, dan daripada ghaflah (kelalaian), kemudian menghiasinya dengan
segala sifat Mahmudah (sifat-sifat kepujian), iaitu segala sifat-sifat yang
di-Redhai dan di-Kasihi Allah.
Definisi Keempat:
Toriqat adalah satu Disiplin Ilmu Keruhanian yang tersusun
yang terdiri dari berbagai latihan keruhanian berdasarkan Kitabullah dan Sunnah
Rasul-Nya, dengan bersungguh-sungguh menjalani latihan ini dengan pimpinan
Shaikhnya (Mursyid yang Siddiq),
seseorang hamba dibukakan oleh Allah Ta'ala kepada hakikat Islam, Iman
dan Ihsan.
Definisi atau makna-makna yang serupa yang diberikan oleh
sekalian Arifin Billah yang lain, semua ini tidak bertentangan. Sebaliknya menuju kepada satu matlamat iaitu
kembalikan jiwa seseorang hamba kepada fitrah (asal kesucian diri), bebas merdeka daripada segala sesuatu selain
Allah, sehingga akhirnya menjadi hamba
Allah yang sejati, hamba yang di-Redhai
dan di-Kasihi Allah.
Penjelasan:
(1) Toriqat adalah suatu Disiplin Ilmu dan Amal yang
bersumber dari Kitabullah dan Sunnah Rasul, Ianya BUKAN rekaan Ulama atau aqal
fikir manusia seperti yang dituduh oleh golongan sesat.
(2) Ulama Ahlus Sunnah yang Mu'tabar (Ulama bertaraf Auliya
Allah) hanyalah ijtihad mengambil dan
menghimpun dalil dan qaidah-qaidah Al-Qur'an dan Sunnah Rasul serta menunjukkan
jalan tertentu atau jalan khusus untuk
mengamalkannya.
(3) Toriqat adalah himpunan ilmu dan amal yang berkaitan
hati, yang bertujuan menyucikan hati dari berbagai penyakit sebagaimana
Perintah dan tuntuan Allah Ta'ala terhadap manusia, iaitu hapuskan sekalian
syirik khafi (syirik yang
tersembunyi), mazmumah (sifat-sifat
kekejian), ghaflah (kelalaian), aghyar (selain Allah) sehingga hati itu
bersinar dengan cahaya Ketuhanan.
(4) Dengan mempelajari, beramal dan berpegang teguh dengan
prinsip Toriqat, (berserta Syari'at)
seseorang beriman akan memperoleh TAUHID yang suci murni, UBUDIYYAH yang tulus ikhlas dan kemuncak KEREDHAAN Allah.
(5) Kemuncak Keredhaan dan Kasih Allah inilah yang dikenali
dengan berbagai istilah di dalam Ma'rifat:
● Maqam Taqwa yang sempurna,
● Maqam Tasawwuf yang sempurna,
● Maqam Mukasyafah
yang tahqiq,
● Maqam Ihsan,
● Maqam Tajalli.
Bersambung siri 21 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment