Friday, February 06, 2026

SIRI 17


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 7:  Lima Fasa Pemerintahan Islam

 

 

Lima fasa Pemerintahan Ummat Islam:

 

Fasa Pertama : تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ 

Period Pemerintahan Nubuwwah dan kasih sayang — Ini fasa Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.

 

Fasa Kedua : تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah iaitu Pemerintahan Khalifah-Khalifah yang bersifat Mursyid atau Rasyid — Sayyidina Abu Bakar, Sayydina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan Ridhwanullahi alaihim ajma'in.

 

Fasa Ketiga : مُلْكًا عَاضًا

Period Pemerintahan Mulkan Addhan, Kerajaan Zalim.  Iaitu mulai dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.

 

Fasa Keempat :  مُلْكًا جَبَّرِيًّا

Period Pemerintahan Mulkan Jabriyyan / Jabbabiratun iaitu period pemerintahan Pembesar-Pembesar (Menteri Besar, Pembesar, Orang kaya besar) yang memerintah sewenang-wenang tanpa panduan apa pun.  Mereka menggunakan apa saja sistem ikut nafsu seperti sistem demokrasi, sistem sosialis, kapitalis dan lain-lain.

Period ini yang kita berada sekarang.

 

Fasa kelima : خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ

Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.

Sekalian Ummat sedang menunggu penzahiran diri beliau, zamannya sudah sangat hampir.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ

 

“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas kehendak Allah (beberapa tahun).  Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia Kehendaki.  Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah  (Penerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang ada atas Kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya.  Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada atas kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya.  Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, Pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada atas kehendak Allah.  Kemudian Allah mengangkatnya atas kehendak-Nya.  Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian),  kemudian Nabi diam."

[Imam Ahmad]

 

Bersambung siri 18 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


No comments:

Post a Comment

SIRI 20 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'at dan ...