Friday, February 06, 2026

 SIRI 18


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 7: Lima Fasa Pemerintahan Islam

sambungan...

 

Penjelasan Ringkas:

 

(1) Pemerintahan Negara berkait rapat dengan Agama — Hukum-hakam di dalam Al-Qur'an, Sunnah dan Ijma' Qias Ulama Ahlus Sunnah.

 

(2) Setiap pemerintah menanggung Amanah Allah di atas muka bumi.  Allah Ta'ala memerintahkan mereka memerintah dengan adil dan Taqwa.  Mana-mana Pemimpin yang khianati Amanah Allah akan menerima azab yang berat.

 

(3) Demikian juga sekalian pendokong pemimpin zalim akan menerima azab berat kerana dosa subahat.

 

(4) Berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ, hanya Pemerintahan Ummat pada Fasa 1, 2 dan ke-5 menjalankan Amanah Allah atas muka bumi dengan Taqwa dan Keadilan.

 

(5) Adapun dua period lagi iaitu Fasa ke-3 yang ke-4 yang ditadbir oleh Amir, Raja, Sultan  (zaman selepas Khilafah yang adil) dan kemudian Fasa ke-4 yang ditadbir oleh Pembesar dengan berbagai sistem kuffar (zaman sekarang) kedua-dua Fasa ini adalah fasa kezaliman dan kefasikan, kecuali ada beberapa peribadi yang benar-benar mencontohi Rasulullah ﷺ seperti Imam Umar Abdul Aziz.  Kebanyakan pemimpin lain memerintah dengan berbagai kefasikan dan kezaliman.

 

(6) Selepas Sayyidina Hasan _Radhiallahu anhu_ serahkan jawatan Khalifah kepada Muawiyyah untuk elakkan pertumpahan darah, Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq TIDAK lagi mengambil bahagian dalam politik. Mereka menjauhi semua pemerintah yang rakus, tamak haloba dan zalim yang bergelumang di dalam politik kotor ahli politik.

 

(7) Adapun "Ulama" yang bersubahat dengan Pemerintah Zalim hanya Ulama dunia, Ulama As-Su yang mementingkan pangkat dan memenuhi nafsu kemewahan dunia.  Ulama As-Su ini  menjadi penasihat pemerintah untuk mengeluarkan Fatwa sesat yang menyenangkan pemerintah.

 

Firman Allah:

 

إِنَّ ٱللَّهَ يَأْمُرُ بِٱلْعَدْلِ وَٱلإحْسَانِ وَإِيتَآءِ ذِي ٱلْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَاءِ وَٱلْمُنْكَرِ وَٱلْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

 

Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman.  Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.

[An-Nahl (16) : Ayat 90]

 

Firman Allah:

 

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَخُونُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ وَتَخُونُوٓاْ أَمَـٰنَـٰتِكُمۡ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

 

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

[Al Anfal (8) : Ayat 27]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

إنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإمَارَةِ ، وَسَتَكونُ نَدَامَةً يَوْمَ القِيَامَة

 

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita terhadap kepemimpinan, padahal kelak di Hari Qiamat ia menjadi penyesalan.”

[Imam Bukhari]

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 

“Tidak ada seorang hamba diberikan kepimpinan oleh Allah, mati pada hari matinya dalam keadaan khianat kepada rakyatnya kecuali Allah haramkan ke atasnya Syurga.”

[Imam Muslim]

 

Bersambung siri 19 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 20 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'at dan ...