Friday, February 06, 2026

 SIRI 16

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 6: Kunci keselamatan — Kaedah Pemindahan Ilmu yang terpelihara keaslian, kesucian dan kebenaran

 

Di manakah letaknya kunci keselamatan Ahlus Sunnah wal Jamaah? Apakah rahsianya?

Apakah punca sebenar kesesatan 72 Golongan yang terkeluar dari Saf Ummat?  Kesemua golongan sesat juga merujuk Al-Qur'an dan Sunnah tetapi apa yang menyebabkan mereka sesat?

 

Jawapan ringkas adalah:

Kaedah Kesinambungan yang bersifat Rabbani yang membawa petanda khusus Pemeliharaan Allah ke atas Warisan Suci Rasulullah ﷺ.  Keistimewaan Kesinambungan Generasi Mursyid yang memegang Amanah Rasulullah ﷺ. sebagai Pewaris Nabi adalah terletak pada kaedah penerimaan  dan perpindahan Ilmu dalam bentuk yang sangat rapi dan terpelihara keasliannya, iaitu:

 

Pertama:

Penerimaan Ilmu zahir syari'at dengan wasilah Bai'at  (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah  (berhadapan dan menerima langsung dari lisan Gurunya — yang sambung-menyambung silsilah pengambilan ilmu sampai Rasulullah ﷺ

 

Kedua:

Penerimaan Ilmu Haqiqat dan Ma'rifat melalui limpahan — tuangan daripada HATI (Mursyid)  ke dalam HATI (murid). 

 

Rasulullah ﷺ  bersabda:

 

مَا صَبَّ اللهُ فِى صَدْرِىْ إِلاَّ صَبَبْتُ فِى صَدْرِ أَبِى بَكـْرٍ

 “Apa-apa yang Allah tuangkan ke dalam dadaku, aku tuangkannya ke dada Abu Bakar”

[Imam Bukhari]

 

Ketiga:

Penerimaan ilmu  langsung dari Allah — Limpahan Anugerah Nur Allah terus  ke dalam dada Mursyid —  dipanggil  Ilham, firasat, ladunni, khitob,  kasyaf.

 

Firman Allah:

 

وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا

 

"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."

[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]

 

 

Melalui kaedah yang sangat rahsia, berdisiplin, beradab, rapi dan sistematik ini, Ilmu Ahlus Sunnah akan terpelihara sampai Qiamat. Inilah Jalan Lurus, Jalan Kebenaran mutlaq.

 

Firman Allah:

 

يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬

"Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

[Al-Mujadilah (58) : Ayat 11]

 

Berkata Al Imam Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

Para ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) adalah hamba-hamba Allah yang memiliki kedudukan istimewa, yang Allah pilih sebagai Pelita Agama-Nya. Allah Menganugerahi petunjuk kepada mereka dengan berbagai kelebihan dan keutamaan. Mereka adalah pewaris para Nabi, pengganti mereka dan pemimpin kaum muslimin, sebagaimana Sabda Nabi  ﷺ :  “Ulama adalah Pewaris para Nabi kerana ilmu yang mereka miliki. Penduduk langit mencintai mereka, dan bahkan para penghuni lautan pun memohon ampunan untuk mereka hingga Hari Qiamat.” [Riwayat Imam Ad-Dailami].

[Tamat nukilan Sirrul Asrar]

 

Inilah rahsia yang tidak di miliki oleh Golongan sesat dan pembuat bd'ah sesat (Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), sekular, demokrasi, kapitalis dan lainnya. Akibatnya mereka membuat fatwa menurut nafsu, dunia dan bisikan Syaitan. Pimpinan mereka sentiasa dibayangi kesesatan. Wal Iyazubillah

 

Bersambung siri 17 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 20 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'at dan ...