SIRI 15
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah
Fasal 5: Mursyid yang Siddiq Pemimpin Ahlus Sunnah — pilihan
Allah
sambungan....
Jika engkau bertanya, bagaimana "Pilihan Allah" itu diketahui, maka jawapannya adalah: Seseorang yang dilantik oleh Allah Ta'ala menjadi "Ulama Pewaris Nabi Pemimpin Ahlus Sunnah", diilhamkan oleh Allah Ta'ala kepada Guru yang sedang memimpinnya, (yang sudah pasti beliau adalah Pewaris Nabi yang benar)
Maksudnya Warisatul Anbiya'
yang sedang memimpin Ummat mengisytiharkan di dalam Majlis beliau akan
seseorang yang di ilhamkan kepada beliau oleh Allah Ta'ala sebagai Warisatul
Anbiya. Beliau hanya menzahirkan kepada ummat akan pilihan Allah Ta'ala. Beliau sendiri tidak mempunyai kuasa untuk
melantik seseorang menjadi "Pewaris Nabi".
Apabila diperhatikan turutan dari atas:
Rasulullah ﷺ "menzahirkan" para Sahabat Ridhwanullah (khususnya Khulafa Ar-Rasyidin)
yang akan memimpin Ummat setelah kewafatan Baginda. Para sahabat kemudiannya
"menzahirkan" Ulama dari kalangan Tabiin yang akan menjadi Pewaris
Rasulullah ﷺ. Ulama Tabiin kemudiannya
"menzahirkan" Ulama dari
kalangan Tabiit Tabiin yang menjadi Pewaris Nabi seterusnya. Begitulah seterusnya Risalah suci Ilahi
sambung-menyambung dari satu tangan kepada tangan Pewaris Nabi berikutnya yang
benar sampai Qiamat.
Dengan demikian, Warisatul Anbiya yang siddiq ini BUKAN
lantikan Pemerintah, BUKAN pilihan parti-parti Politik, BUKAN pilihan
masyarakat umum yang dipilih melalui undian, BUKAN juga kerana segulung Ijazah
yang mereka miliki seperti PhD, Drs, Profesor atau lain2nya. Ringkasnya ....
perlantikan Warisatul Anbiya' TIADA kaitan apa pun dengan pilihan manusia.
Perhatikanlah dari matahati yang jernih:
Ulama yang menerima
Limpahan cahaya Rabbaniyyah serta di dalam pimpinan Rasulullah ﷺ
inilah Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi yang sebenar). Ulama seperti ini TIDAK sesekali mampu
disesatkan oleh Iblis La'natullah kerana mereka di dalam Pimpinan Allah Ta'ala
serta pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. Hamba-hamba Allah yang terpilih ini sentiasa
berserta Allah, menghadap Allah di Hadratul Quddus (Hadrat Ketuhanan Yang Maha Suci) dan tangan
mereka di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ. sebagaimana penyaksian sekalian
ahli Ma'rifat....
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani
Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Sufi (Pewaris Nabi
yang sebenar) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan
kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan
dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya
akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam
pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Bersambung siri 16 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment