Thursday, February 05, 2026

SIRI 14

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah

Fasal 5: Mursyid yang Siddiq Pemimpin Ahlus Sunnah — pilihan Allah

 

Generasi Mursyid yang Siddiq (benar) yang di amanahkan menjadi Pemimpin Ahlus Sunnah adalah pilihan Allah. Bukan pilihan manusia atau lantikan manusia. Bukan pilihan pemerintah, Bukan pilihan parti-parti politik. Bukan dipilih melalui undian demokrasi.

 

Mereka (Mursyid yang Siddiq) adalah Ulama Warisatul Anbiya yang dikenali juga sebagai Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat,  memperoleh Limpahan Cahaya Rabbaniyyah (Ketuhanan) dan Cahaya Nubuwwah    Nur Muhammad di dalam batin mereka.

 

Mereka dipanggil "Sufi"  kerana Allah Ta'ala telah menyucikan batin mereka dari sekalian syirik dan mazmumah.   Mereka dikenali sebagai Ahli Ma'rifat kerana mereka telah mengenal Allah dengan sebenar kenal dari dalam hati, ruh dan Sirr (Rahsia batin yang sangat dalam).  Mereka juga dikenali sebagai Mursyid kerana merekalah  yang bersifat rashid — yang menunjukki jalan lurus, jalan yang di-Redhai Allah (bermula daripada Khulafa Ar-Rasyidin).

 

Mursyid yang Siddiq di katakan Ulama Warisatul Anbiya' (Pewaris Nabi) yang sebenar kerana mereka adalah insan istimewa pilihan Allah yang dipilih khusus bagi menyambung Warisan Rasulullah ﷺ.   

 

Apakah  maksud "dipilih khusus"?

 

"Dipilih khusus" bermaksud Allah Ta'ala yang memilih mereka serta mengangkat Darjat mereka mengatasi manusia lain.  Hal ini sebagaimana penegasan Allah Ta'ala melalui Kalam-Nya yang Maha Agung:

 

Firman Allah:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 

“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]

 

Menurut  tafsiran Ulama Ahlus Sunnah  yang di maksudkan dengan “Kitab”   adalah Al-Qur’an, dan maksud ayat Allah  “yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami” adalah di tujukan kepada  Warisatul Anbiya  yang Allah Ta'ala pilih khusus lalu Kurniakan mereka Ilmu dan Hikmah yang tinggi dari Sisi-Nya.   Ini yang dimaksudkan oleh Al Imam Sulton Auliya ketika mentafsirkan ayat ini dengan kata beliau....

 

Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

“Orang2 yang berilmu dan hikmah  adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”.   Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau di sebut juga  kasyaf  Ilahiyyah)"

 

Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman Nya:

 

ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ

 [Tamat nukilan dari Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]


Bersambung siri 15 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


No comments:

Post a Comment

SIRI 14 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 1: Haqiqat Ahlus Sun...