Tuesday, August 26, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 763)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Rumusan 8:

Punca utama kesesatan Ummat Islam adalah kerana tidak lagi berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar).


Rumusan 9:

Setiap orang Islam yang mengakui Ahlus Sunnah, wajib berusaha sungguh-sungguh mencari seorang Mursyid yang Siddiq (benar) untuk menjadikan beliau sebagai Pemimpinnya.  Tetapi hati-hati dengan penipuan yang banyak berlaku di zaman ini. Sebahagian dari mereka yang mengaku Mursyid, tidak menepati syarat-syarat sebagai Mursyid.  Mereka adalah ahli ilmu kebatinan sesat memperdaya Ummat dengan sihir.  Teliti sungguh-sungguh segala syarat-syarat Mursyid sebelum berbai'at. Mohonlah Pertolongan Allah. 


Rumusan 10:

Mereka yang tidak pasti atau ragu-ragu akan kebenaran seorang Mursyid, ikut panduan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Jika seseorang tidak dapat membezakan di antara Guru Kerohanian (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) yang sebenar dan yang palsu, dia perlu mengerjakan solat nafil (solat sunnat) dua rakaat di waktu malam tahajjud, untuk memohon Petunjuk Allah Ta'ala.  Dia kemudiannya memohon kepada Allah menunjukki manusia-manusia suci ini yang akan memimpinnya kepada jalan kebenaran.  Dia mesti sungguh-sungguh merayu kepada Allah agar Dia memperlihatkan kepadanya orang yang akan membawa kepada kasih akan Allah Ta'ala dan yang akan menyinari mata hatinya dengan cahaya Ketuhanan.  Dan yang akan membuka kepada kejadian-kejadian ghaib yang beliau sendiri telah menyaksikannya.  Dengan berbuat demikian, Insya Allah seseorang akan mendapat jawapannya dari Allah Ta'ala.”

[Fathur-Rabbaniyy Wa Faidhur-Rahmani]


Rumusan 11:

Cara melaksanakan Solat Istikharah:


Lakukan Solat Sunnat ini dan zikir pada waktu malam tahajjud.

1) Solat Taubat 2 rakaat

2) Solat tahajjud 2 rakaat

3) Solat Hajat 2 rakaat

4) Solat istikharah 2 rakaat

5) Doa pada Allah agar Allah tunjukki Guru Mursyid yang Siddiq (benar) untuk dijadikan pemimpin kepada Allah.


Doa Istikharah:


اَللهُمَّ اِنِّى اَسْتَخِيْرُكَ بِعِلْمِكَ وَاَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَاَسْئَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ. فَاِنَّكَ تَقْدِرُ وَلَآاَقْدِرُ وَلَآاَعْلَمُ وَاَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوْبِ. اَللهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هذَااْلاَمْرَخَيْرٌلِّىْ فِىْ دِيْنِىْ وَمَعَاشِىْ فَاقْدُرْهُ لِىْ وَيَسِّرْهُ لِىْ ثُمَّ بَارِكْ لِىْ فِيْهِ وَاِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اَنَّ هذَااْلاَمْرَشَرٌّلِّىْ فِىْ دِيْنِىْ وَمَعَاشِىْ وَعَاقِبَةِ اَمْرِىْ وَعَاجِلِهِ وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّىْ وَاصْرِفْنِيْ عَنْهُ وَاقْدُرْلِى الْخَيْرَحَيْثُ كَانَ ثُمَّ رَضِّنِىْ بِهِ. 


"Ya Allah, sesungguhnya aku Istikharah pada-Mu dengan Ilmu Engkau, aku memohon kepada Engkau kekuatan dengan Kekuatan-Engkau, aku meminta kepada-Engkau dengan Kemuliaan-Engkau.  Sesungguhnya Engkau yang mentaqdirkan dan aku tidaklah mampu melakukannya.  Engkau yang Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Engkaulah yang mengetahui perkara yang ghaib.  Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik bagiku dalam urusanku di dunia dan di akhirat, maka taqdirkanlah hal tersebut untukku, mudahkanlah untukku dan berkatilah ia untukku.  Ya Allah, jika ia perkara tersebut buruk bagi agama, kehidupan, dan akhir urusanku , maka palingkanlah ia dariku, dan palingkanlah aku darinya, dan taqdirkanlah yang terbaik untukku apa pun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.”


Bersambung siri 764 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

_________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 140 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...