■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 762)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Rumusan Bab Prinsip-Prinsip Ahlus-Sunnah
Rumusan 1:
Demikianlah kami huraikan Prinsip-prinsip Pokok Ahlus Sunnah Wal-Jamaah. Semua hujjah kami berdasarkan fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu dan beberapa orang Auliya Allah ternama yang lain.
Rumusan 2:
Sesiapa berpegang teguh pada Prinsip-prinsip tersebut, mereka adalah Ahlus Sunnah sebenar. Mereka akan selamat di dalam Bahtera Rasulullah ﷺ, Pimpinan Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ, memperoleh Syafaat Rasulullah ﷺ masuk Syurga tanpa hisab.
Rumusan 3:
Adapun yang mengaku sahaja Ahlus Sunnah tetapi berkiblat kepada Fahaman Wahhabiyyah (khawarij) atau Syi'ah (rafidhi) atau sekular demokrasi, sekular kapitalis, sosialis dan lain-lain pada zaman ini, tidak boleh dikatakan Ahlus Sunnah. Tidak ada seorang pun Masyaikh, Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ, Mursyid-Mursyid yang Siddiq (yang benar) yang hidup pada zaman ini mengakui mereka sebagai Ahlus Sunnah. Sebaliknya mereka adalah perosak nama Ahlus Sunnah.
Rumusan 4:
Ummat Islam berpecah-belah sebaik sahaja kewafatan Rasulullah ﷺ. Satu-satunya yang selamat adalah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Rumusan 5:
Sebaik sahaja kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, Pemerintah Islam tidak lagi memerintah dengan Iman dan Taqwa melainkan sedikit dari kalangan mereka. Mereka tidak lagi mengikut Perintah Allah dan segala wasiat Rasulullah ﷺ, sebaliknya mereka memerintah mengikut nafsu. "Ulama" mereka menjadi pengampu dan jahat. Mereka mengeluarkan fatwa mengikut nafsu dan kehendak Pemerintah. Pemerintahan mereka disebut oleh Rasulullah ﷺ sebagai Mulkan Addhan, ( مُلْكًا عَاضًا) Kerajaan Zalim. dan Mulkan jabriyyan ( مُلْكًا جَبَّرِيًّا ) Pembesar-pembesar yang keras kepala.
Rumusan 6:
Sekalian Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang kemudian bergelar Ahli Sufi, Ahli Ma'rifat... mengasingkan diri dari segala kekacauan dan pemerintahan zalim. Mereka membentuk pola hidup tersendiri berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah ﷺ, dinamakan Jalan Ma'rifat. Tiada seorang Ulama Pewaris Nabi ﷺ pun subahat kepada Pemerintahan zalim dan fasiq, sama ada di zaman Tabiin, Tabbiit-Tabiin, Imam-Imam atau sesudahnya sehinggalah ke hari ini dan demikianlah sampai datangnya Imam Mahdi Alaihis Salam.
Rumusan 7:
Sistem Warisan Rasulullah ﷺ tetap terpelihara sampai ke hari ini di tangan sekalian Pewaris Nabi ﷺ yang Siddiq (benar) sedangkan golongan ingkar mempertahankan Sistem Jahiliyah, Sistem Demokrasi, Kapitalis, Sekular.
Bersambung siri 763 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment