Monday, August 18, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 761)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Firman Allah Ta'ala:


يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا وَمَن كَانَ فِي هَٰذِهِ أَعْمَىٰ فَهُوَ فِي الْآخِرَةِ أَعْمَىٰ وَأَضَلُّ سَبِيلًا


“(Ingatlah) suatu hari (yang pada hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barang siapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya, maka mereka ini akan membaca kitabnya itu dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.  Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar).”

[Al-Isra (17) : Ayat 71-72]


Menurut Guru-Guru kita yang arif, di Mahsyar sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang mempunyai Silsilah Rasulullah ﷺ  akan berhimpun di bawah panji-panji besar Rasulullah ﷺ. bersama murid mereka masing-masing.  Sekalian Mursyid akan menjadi saksi atas muridnya dan Shaikhnya pula jadi saksi atasnya ...  demikian sambung-menyambung sampai akhirnya saksi dari Rasulullah ﷺ sendiri.


Dan sejurus kemudian mereka dipimpin masuk Syurga oleh Rasulullah ﷺ bertali-tali,  berantai-rantai, iaitu mengikut silsilah masing-masing berpegang kepada Guru kepada Guru, kepada Guru sehingga akhirnya sampai kepada Sahabat yang  berpegang kepada tangan Rasulullah ﷺ.


Berkata Tajul Arifin Shaikh Yahya Al Kholidi  Radhiallahu anhu:

Tajul Arifin Shaikh Yahya Radhiallahu anhu menyebut perkara ini di dalam Risalah Naqsyabandiah, siri Ma'rifat dengan menukilkan beberapa hadith sahih.  Antaranya Hadith Imam Bukhari dan Hadith Imam Ahmad.


Rasululllah ﷺ bersabda:


عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ. 


“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk Syurga berantai-rantai ( bertali-tali).” 

[Imam Bukhari]


Rasululllah ﷺ bersabda:


لَقَدْ عَجِبَ رَبُّنَا عَزَّ وَجَلَّ مِنْ قَوْمٍ يُقَادُونَ إِلَى الْجَنَّةِ فِى السَّلاَسِلِ. 


“Sungguh ajib (Hairan) oleh  Allah akan dengan orang-orang yang ditarik untuk masuk ke Syurga berantai-rantai.”

 [Imam Ahmad]


Kunci memahami hadith ini adalah pada ungkapan ini, iaitu ....

perkataan " السَّلاَسِل ِ  "

Salasila iaitu Silsilah.


Yang dimaksudkan dengan Silsilah itu adalah Silsilah  Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, rantaian ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ.  Jadi maksud salasila atau  "rantai"  BUKAN digari atau dibelenggu seperti tafsiran orang awam.  Sebaliknya ia adalah majaz (bayangan) kepada makna Silsilah atau Rantaian perpindahan ilmu zahir batin dari Rasulullah ﷺ kepada sahabat kepada Tabiin, berpindah lagi kepada Tabiit-Tabiin, kemudian kepada Imam-Imam, Mursyid- Mursyid turun-temurun dengan cara yang amat suci dan terpelihara sampai Qiamat.


Apakah maksud mereka yang ditarik masuk syurga bertali-tali atau berantai mengikut silsilah Shaikh Mursyid mereka? Apakah maksud mereka ditarik masuk seolah-olah dalam keadaan dipaksa?


Ungkapan "ditarik masuk" bermaksud: 

Keadaan setengah murid yang telah melakukan dosa dan berasa tak layak masuk syurga, tetapi mereka ditarik juga masuk syurga, mengikut silsilah mereka masing-masing.    Inilah faedah dan kelebihan berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.

[Nukilan dari Kitab Risalah Ma'rifat Siri Pertama : ms 49, 50]


Bersambung siri 762 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________________

         MAJLIS TAZKIRAH JILANI

            🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...