■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 760)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Penjelasan 4:
Maksud pengikut Mursyid yang Mukmin adalah mereka yang berbai'at menurut syarat-syaratnya dan sungguh-sungguh mempertahankan Tauhid sampai mati dalam Kalimah Allah.
Penjelasan 5:
Jumlah mereka yang memperoleh Rahmat Allah memasuki Syurga tanpa hisab adalah 70,000 (tujuh puluh ribu) orang. Kemudian ditambah lagi 1,000 orang bagi setiap orang masuk Syurga tanpa hisab.
Rasulullah ﷺ bersabda:
وَعَدَنِى رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ أَنْ يُدْخِلَ الْجَنَّةَ مِنْ أُمَّتِى سَبْعِينَ أَلْفاً بِغَيْرِ حِسَابٍ وَلاَ عَذَابٍ مَعَ كُلِّ أَلْفٍ سَبْعُونَ أَلْفاً
“Tuhanku ‘Azza wa jalla telah menjanjikan padaku bahawa 70,000 orang dari ummatku akan dimasukkan Syurga tanpa hisab dan tanpa siksa. Setiap 1000 dari jumlah tersebut terdapat 70,000 orang lagi.”
[Imam Ahmad]
Penjelasan 6:
Berdasarkan Hadith Rasulullah ﷺ dan penjelasannya oleh Masyaikh Ahlus sunnah, sekalian Ummat beriman yang masuk syurga tanpa hisab, akan sambung-menyambung berpegangan tangan satu dengan lainnya. Ertinya mereka masuk Syurga berantai-rantai atau bertali-tali. Ini yang disebut ahli jemaah Silsilah keruhanian Rasulullah ﷺ.
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَيَدْخُلَنَّ الجَنَّةَ مِن أُمَّتي سَبْعُونَ ألْفًا، أوْ سَبْعُ مِئَةِ ألْفٍ - لا يَدْرِي أبو حازِمٍ أيُّهُما قالَ - مُتَماسِكُونَ، آخِذٌ بَعْضُهُمْ بَعْضًا، لا يَدْخُلُ أوَّلُهُمْ حتَّى يَدْخُلَ آخِرُهُمْ، وُجُوهُهُمْ علَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ
“Sungguh, tujuh puluh ribu (70,000) atau tujuh ratus ribu (700, 000) dari ummatku akan masuk Syurga (tanpa hisab). Mereka saling berpegangan satu sama lain, tidaklah yang terdepan masuk syurga sehingga yang belakang turut masuk. Wajah mereka seperti bulan malam purnama’.”
[Imam Bukhari]
Rasululllah ﷺ bersabda :
عَجِبَ اللَّهُ مِنْ قَوْمٍ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ فِى السَّلاَسِلِ.
“Ajib (Hairan) oleh Allah dengan orang-orang yang masuk syurga berantai-rantai ( bertali-tali).”
[Imam Bukhari]
Bersambung siri 761 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment