Monday, July 14, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 700)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-15:

Iman bertambah atau berkurangan


Ahlus-Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa Iman boleh bertambah atau berkurangan, iaitu meningkat menjadi teguh atau menurun menjadi lemah.


Iman bertambah apabila seseorang beriman melakukan keta'atan dan kerja-kerja yang di-Redhai Allah sementara Iman boleh menurun dengan sebab kekufuran, kemungkaran, ma'siat, keingkaran dan apa saja yang di-Murkai Allah.


Firman Allah:


سُوۡرَةُ الاٴنفَال

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah,  gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

[Al-Anfal (8) : Ayat 2]


Firman Allah:


فَأَمَّا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ فَزَادَتْهُمْ إِيمَاناً وَهُمْ يَسْتَبْشِرُونَ


"Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira."

[At-Taubath (9) : Ayat 124]


Rasulullah ﷺ bersabda:


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ بَابًا فَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَأَرْفَعُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ »


“Iman itu ada tujuh puluh pintu. Yang paling rendah dari iman adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan. Yang paling tinggi adalah kalimat Laa- ilaha-Illallah.” 

[Imam Muslim]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:


"Iman seseorang akan bertambah kerana keta'atan dan akan berkurang kerana kema'siatan.  Iman dapat diperkuat dengan ilmu dan menjadi lemah dengan sebab kebodohan.  Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Abu Hurairah dan Abu Darda' mereka berkata : "Iman dapat bertambah dan berkurang".  Dan masih banyak lagi dalil yang tidak perlu dikemukakan di sini."

[Al-Ghunyah Li Thalibi Toriqil Haqq]


Bersambung siri 701 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...