Saturday, July 12, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 699)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...




Hujjah 7: 

Syirik khafi menghalang Tauhid.


Firman Allah:


فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  “

 

"Barang siapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.”

[Al-Kahf (18) : Ayat 110]


Apakah maksud Kalam Allah ini...   "   وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  "  (jangan mempersekutukan apa pun di dalam Ibadat kepada Tuhannya)?

Apakah maksud "mempersekutukan Allah di dalam ibadat"?  

Adakah maksudnya di sini "sembah berhala"? 

atau "sembah Tokong"?   

atau "sembah Matahari"?  

atau "sembahan-sembahan lain seperti yang dilakukan oleh orang kafir"?


Sudah tentu jawapannya BUKAN...!

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman mengerjakan Solat sambil sembah berhala..  TAK MUNGKIN!

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman berpuasa sambil sembah berhala... TAK MUNGKIN!

Tak mungkin seseorang yang beriman mengerjakan Ibadah Haji sambil sembah berhala... TAK MUNGKIN!


Jadi apakah maksud sebenar yang dikehendaki dengan Ayat ini?

Al-Imam Kabir Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu berikan jawapannnya.


Berkata Al-Imam Jilani Radhiallahu anhu:

Untuk mencapai tujuan ini (mencapai Tauhid yang suci bersih), manusia wajib meninggalkan sesuatu yang menyalahi Syari'at dan Toriqat. Hal ini akan dapat diperoleh dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun pahit dan melakukan riadhah ruhaniyyah dengan tujuan mencapai Redha Allah serta bersih dari Riya' dan Sum'ah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi ayat 10 : (" فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا ")

[Tamat petikan dari kitab Sirrul Asrar]


Dengan Tafsiran A-Imam, dapat difahami maksud  "   وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  "  itu sebenarnya adalah ditujukan kepada semua orang Islam yang ingin mencapai Tauhid yang hakiki atau Keimanan sejati, maka wajib bagi mereka  jauhkan sekalian Syirik khafi (syirik tersembunyi) di dalam hati.  Hanya dengan cara ini seseorang akan sampai kepada Allah, iaitu mencapai Tauhid yang hakiki.


Bersambung siri 700 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...