Saturday, July 12, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 698)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Hujjah ke 3: Syirik Khafi hapuskan segala amal.


Firman Allah:


وَلَقَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَٮِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ 


“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” 

[Surah az-Zumar (39) : Ayat 65]



Hujjah ke 4: Syirik Khafi — penyembahan kepada Nafsu.


Firman Allah:


  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً


“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?”  

[Al-Furqan (25) : Ayat 43]



Hujjah ke 5:  Rasulullah ﷺ terlebih bimbang pada Ummat akan Syirik Khafi.


Rasulullah   ﷺ  bersabda:

 “Aku sangat takut syirik pada Ummatku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka” 

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]



Hujjah ke 6:  

Syirik khafi lebih bahaya dari Fitnah Dajjal.


Rasulullah ﷺ  bersabda:


فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ


(Ketika para sahabat saling mengingatkan berkenaan Fitnah Dajjal), Rasulullah ﷺ bersabda,  "Mahukah aku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku khuwatirkan terhadap diri kalian daripada Al Masih Ad-Dajjal?"  

(berkata Abu Sa'id — perawi), 

Kami menjawab, "bahkan kami mahu." 

Baginda bersabda: "Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan Solat dan membaguskan Solatnya itu kerana ada seseorang memperhatikannya." 

[Ibnu Majah]


Bersambung siri 699 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...