■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 697)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Hujjah-Hujjah penting berhubung Syirik Khafi (ringkasan):
Berikut adalah sebahagian Dalil dari Kitabullah dan Hadith Rasulullah ﷺ berserta Ijma' Qias Ulama Mu'tabar berhubung dengan bahaya Syirik Khafi kepada Iman dan Ibadah.
Hujjah 1:
Syirik Khafi adalah suatu bentuk "penyembahan" kepada makhluq.
Firman Allah:
اتَّخَذُواْ أَحْبَـرَهُمْ وَرُهْبَـنَهُمْ أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ إِلَـهاً وَحِداً لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ سُبْحَـنَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.”
[At-Taubah(9) : Ayat 31]
Tafsiran:
Rasulullah ﷺ memberikan tafsiran berkenaan perbuatan "menyembah":
Adi bin Hatim (ketika itu belum Islam) menghadap Rasulullah ﷺ dengan salib dilehernya, dia berkata: ”Mereka tidak pernah menyembah (para pendeta)” Rasulullah bersabda: “Ya (mereka menyembah para pendeta). Jika (para pendeta) mengharamkan kepada mereka sesuatu yang halal dan menghalalkan sesuatu yang haram, mereka mengikuti (para pendeta itu) maka itulah cara mereka menyembah pendeta mereka”
[Imam Ahmad dan At-Tirmidzi]
Hujjah ke 2:
Syirik Khafi sangat susah dikenali kerana terpendam di dalam hati:
Firman Allah:
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 22]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
“Membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali daripada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita.”
[Tafsir Ibnu Abbas]
Bersambung siri 698 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment