Monday, July 14, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 701)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Maksud Iman bertambah atau berkurang.

Meneliti kembali haqiqat Iman yang telah disentuh dahulu, maksud Iman bertambah adalah Cahaya Ketuhanan di dalam hatinya bertambah. Cahaya Ketuhanan ini berkembang sesuai dengan Tingkatan Imannya.  Jika dia orang awam, maka Iman bertambah atau berkurang di dalam lingkungan Tingkatan Awam.  Jika dia Salikin, maka Imannya bertambah atau berkurang di dalam lingkungan Tingkatan Salikin.


Apabila seseorang yang berada pada "Tingkatan Iman orang awam" meninggalkan Solat atau kewajipan lain, atau melakukan dosa-dosa besar seperti mengumpat, menipu daya, hasad, berbuat fitnah, melakukan kezaliman atau lain-lainnya...  maka Keimanannya akan turun sesuai dengan kadar kefasikan atau kekufurannya.  Jika dia segera bertaubat, meninggalkan semua kejahatannya dan menggantikannya dengan kebajikan, maka Imannya akan meningkat kembali.


Seseorang Salikin pada Tingkatan Maqam Ma'rifat Af'al boleh meningkat kepada Maqam Ma'rifat Asma' atau Sifat atau Zat apabila dia sungguh-sungguh melakukan Zikrullah, mematuhi adab serta syarat-syarat lain yang telah ditetapkan.  Sebaliknya seseorang yang berada di Maqam Tauhid tinggi boleh jatuh kepada Maqam Ma'rifat lebih rendah apabila dia lemahkan Zikrullah atau melanggar adab-adab besar atau tidak memenuhi syarat lain yang telah diamanahkan.  Jika dia taubat dan kembali zikir sungguh-sungguh serta memenuhi adab-adabnya, maka meningkatlah semula darjat Imannya."



Tanda-Tanda Iman turun, lemah, kurang.

Jika ditanya bolehkah seseorang mengetahui tanda-tanda Imannya meningkat atau menurun?   Bolehkah seseorang pastikan sejauh mana Imannya telah menurun atau sejauh mana Imannya telah meningkat?


Jawapannya: 


(1) Jika dia Salikin, iaitu hamba Allah yang berguru kepada Mursyid yang Siddiq, maka dia akan mengetahuinya dengan merujuk kepada Gurunya yang sangat Arif hal ehwal Keimanan.  Bahkan kadangkala Gurunya sendiri akan membetulkan dengan hikmah yang tinggi.  Seorang Mursyid mempunyai berbagai ubat dan penawar bagi menyembuhkan "penyakit hati" murid-muridnya dengan berbagai cara dan pendekatan yang sangat tinggi hikmahnya.


(2) Jika dia orang Awam, dia akan menemui kepayahan kerana tiada tempat rujukan.  Walau bagaimanapun dia boleh mengetahuinya dengan beberapa tanda yang terlihat pada dirinya iaitu:


(1) Rasa jauh dari Allah Ta'ala.

(2) Berat mengerjakan Zikrullah, Solawat dan lain-lain. 

(3) Hilang kemanisan di dalam beribadah. 

(4) Malas dan lemah untuk beribadah.

(5) Sengaja melewat-lewatkan Solat atau kewajipan lain.

(6) Kurang atau hilang kebahagiaan di dalam hidup yang telah dicapai sebelumnya.

(7) Tidak boleh menerima nasihat orang lain (daripada orang yang memang layak berikan nasihat).

(8) Melakukan dosa terang-terangan.

(9) Tidak berasa bersalah melakukan dosa dan kemungkaran.

(10) Tiada perasaan benci kepada kemungkaran.

(11) Menyukai kemungkaran

(12) Kecintaan kepada dunia mula menguasai diri.

(13) Kurang atau tak peduli mengerjakan pekerjaan-pekerjaan sunnat.

(14) Tidak peduli makan minum halal atau haram.

(15) Kecintaan kepada Dunia — kecintaan kepada kekayaan, pangkat, kedudukan dan jawatan.


Perhatian Penting:

Semua perkara di atas sebagai panduan sahaja.  Bukan mutlaq.  Ini kerana setengah daripada perkara tersebut walaupun zahirnya terlihat seperti "tanda kurang Iman" tetapi pada hakikatnya boleh jadi asbab kepada suatu peningkatan Iman yang lebih tinggi.  Hal-hal ini hanya difahami oleh Ahli Ma'rifat.  Dengan demikian jalan selamat bagi mengenalpasti hal rumit seperti ini adalah dengan cara merujuk kepada hamba-hamba Allah yang benar-benar Arif.


Bersambung siri 702 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 707) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...