Monday, July 07, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 678)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-6:

Nur Muhammad Ciptaan Pertama


Sekalian Ulama Mujadid, Ulama Mujtahid,  sekalian Arif Billah, Mufassirin (ulama Tafsir), Muhaddithin (Ulama Hadith) sejak dari dahulu lagi berpegang bahawa Nur Muhammad itu ciptaan Allah yang pertama berdasarkan keterangan  Al Qur'an dan Hadith.  Tidak pernah wujud Ulama Ahlus Sunnah mempertikaikan kenyataan ini...! 


Adapun Golongan terkemudian yang mula mempertikaikan haqiqat Nur Muhammad sebagai ciptaan Allah yang pertama hanyalah ustaz-ustaz Wahhabiyyah (khawarij), ustaz sekular, kiyai pondok yang jahil, Profesor, Drs., yang terpengaruh dengan doktrin Wahhabiyyah (khawarij).


Adapun Kalimat Allah yang pertama yang menjadi sandaran bahawa Nur Muhammad adalah ciptaan Allah yang pertama adalah:


Firman Allah:


 قَدْ جَآءَكُمْ مِّنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَـبٌ مُّبِينٌ


 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu dari Allah, cahaya dan kitab yang menerangkan”. 

[Al-Maaidah (5) : Ayat 15]


Berkata Sulton Auliya,  Ghawthul A'zham  Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani رضي الله عه:

"Semoga Allah Ta'ala memberikan kamu kejayaan di dalam amalan-amalan kamu yang disukai-Nya dan Semoga kamu memperoleh ke-Redaan-Nya.  Fikirkan, tekankan kepada pemikiran kamu dan fahamkan apa yang aku katakan.  Allah Yang Maha Tinggi pada permulaannya menciptakan Cahaya Muhammad daripada cahaya suci Keindahan-Nya.  Dalam hadis Qudsi Dia berfirman: 


“Aku ciptakan ruh Muhammad daripada cahaya Wajah-Ku”.  Ini dinyatakan juga oleh Nabi Muhammad ﷺ dengan Sabda Baginda:


“Mula-mula Allah ciptakan ruhku.  Pada permulaannya diciptakan-Nya sebagai Ruh suci”. 

“Mula-mula Allah ciptakan qalam”. 

“Mula-mula Allah ciptakan aqal”. 

Apa yang dimaksudkan sebagai ciptaan permulaan itu ialah ciptaan hakikat kepada Nabi Muhammad ﷺ iaitu Kebenaran tentang Muhammad yang tersembunyi. Dia juga diberi nama yang indah-indah.

[Sirrul Asrar Fi Ma Yahtaju Ilayhil Abrar]


Bersambung siri 679 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI    

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 714) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...