Friday, July 04, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 677)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat_

sambungan...



Tingkatan Mengenal Allah

Maksud tingkatan Mengenal Allah adalah tingkatan Iman, Tauhid dan Ma'rifat.


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu membahagikan orang beriman kepada dua tingkatan besar:


Pertama : Iman orang awam

Kedua :  Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat



Imam Ghazali Radhiallahu anhu membahagikan orang beriman kepada tiga tingkatan:


Pertama:

Iman orang awam


Kedua:

Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)


Ketiga:

Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat



Ulama Ma'rifat kemudian memperincikan lagi pembahagian tersebut kepada lima tingkatan:


Pertama:

Iman Awam yang bertaqlid


Kedua:

Iman orang Awam yang muttabi'


Ketiga:

Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)


Keempat:

Iman Salikin yang berma'rifat.


Kelima:

Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat



Kesemua pembahagian di atas ; bermula dari pembahagian yang dibuat oleh Imam Jilani sampailah ke zaman kemudiannya diberi perincian yang lebih mendalam adalah sama sahaja.


Ulama Ahlus Sunnah yang datang kemudian dari itu melihat perlunya perincian yang lebih detail tentang pembahagian TAUHID ini kerana Ummat ini makin dangkal pemikirannya, sangat cetek ilmunya, makin sedikit sangat kefahamannya.  Dengan perincian yang lebih diharapkan kefahaman yang lebih mudah kepada murid dan orang awam Islam seluruhnya.


Bersambung siri 678 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 714) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...