Friday, June 13, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 636)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....





(5) Imam Ghazali Radhiallahu anhu:


"Seseorang yang ingin berzikir hendaklah duduk pada suatu tempat yang sunyi, menutup segala panca indera zahir,  mencelikkan mata hati, pendengaran hati, dan dengan itu menjadikan hatinya sebagai wadah untuk menerima alam malakut.  Dalam pada itu hendaklah sentiasa menyebut Allah Allah Allah berterusan dengan hati bukan dengan lidah".

[Kimiya As-Sa'adah]


(6) Imam Asy-Sya'rani Radhiallahu anhu:


"Kami telah menerima bai'at daripada Guru kami supaya berzikir menyebut lafaz "Allah Allah" sebanyak 24,000 kali sehari semalam"

[Uhud As-Sughra]



(7) Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu anhu:


Beliau adalah Mufassir, Muhaddith, Imam besar Mazhab Syafi'e.  Mujaddid kurun ke-10 Hijriyyah; kata beliau :

"Amalan tersebut (zikir La-Ilaha-Illallah) perlu berterusan sehingga kesan zikir menjiwai dirinya dan pada ketika itu lebih utama bagi salik zikir "Allah Allah".

[Miftah Al Falah]


(8) Imam Ummah Mufassir, Muhaddith  Shaikh Thana-Ullah Uthmani:


Ketika mentafsirkan Firman Allah :    "   وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلۡ إِلَيۡهِ تَبۡتِيلاً۬ "

"Zikirlah akan nama Tuhanmu dan renunglah kepada-Nya dengan sungguh-sungguh renungan (muraqabah)"  [Al-Muzammil (73): ayat 8].... beliau berkata:

"Ketahuilah ayat ini memerintahkan berulang-ulang  menyebut nama Tuhan Yang Maha Agung iaitu zikir Allah, Allah".

[Tafsir Mazhari]


(9) Imam Nawawi Radhiallahu Anhu:


"Perlu diketahui bahawa pada riwayat-riwayat tersebut (Hadith zikir Allah Allah) terdapat kesepakatan pengulangan lafaz Allah pada dua riwayat tersebut.  Demikianlah dicatat di dalam seluruh kitab-kitab sahih.”

[Syarah Imam Nawawi]


(10) Imam Ahmad Ibn Muhammad Ibn Atha’illah As-Sakandari Radhiallahu Anhu:


Beliau adalah Pengarang kitab Hikam dan Guru Besar Syaziliyah berkata:

"Hendaklah kamu berzikir ismuz-Zat Allah Allah Allah atau Hu,  Hu,  Hu di dalam hati tanpa menyebut di lidah."

[Miftah Al Falah]


(11) Berkata Muhaddith Ummah, Shaikh Zakariyya Kandahlawi Radhiallahu anhu:


"Kaedah zikir Ismuz-Zat (Zikir  Allah Allah) adalah mengingat Allah dengan matlamat tiada lain di dalamnya melainkan Allah sebagai maqsudnya,  yang ditujui dan dicintai.   Dengan bentuk ini, ianya merupakan subjek yang tersembunyi di dalamnya predikat, yang mana menepati secara sempurna akan syarat-syarat nahwu (tatabahasa Arab).  Bahkan ianya menepati secara sempurna Kalimat Al-Qur'an :   قُلِ ٱللَّهُ‌ ثُمَّ ذَرۡهُمۡ فِى خَوۡضِہِمۡ يَلۡعَبُونَ  

"Katalah "Allah"  dan tinggalkan mereka di tempat main-main mereka itu", [Al-An'am (6) : ayat 91] — di dalam Kalimat ini terdapat subjek yang mengandungi prediket yang tersembunyi di dalamnya.

[Himpunan Surat-surat Muhaddith Maulana Zakariyya Kandahlawi]



Bersambung siri 637 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...