Friday, June 13, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 637)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



Dalil Terbesar :  Mursyid-Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.


Sesungguhnya ini adalah Hujjah teragung untuk menunjukkan kebenaran sekalian Toriqat yang sahih yang datang dari Rasulullah ﷺ dan amalan Zikir Allah Allah atau Zikir mengingat Allah berterusan di dalam hati, seperti huraian terdahulu.       


Sekalian Mursyid yang Siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini yang mewarisi Ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ menjadi hujjah yang tiada tolok bandingnya kerana mereka adalah " Hadith Sahih " yang hidup.  Ertinya diri mereka sendiri (Mursyid yang Siddiq yang hidup pada zaman ini)   adalah menjadi bukti kukuh akan Warisan Rasulullah ﷺ yang dipindahkan dari satu generasi Masyaikh kepada generasi Masyaikh berikutnya dengan penuh rahsia, tertib dan adab disiplin tinggi sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya. 


Semua Mursyid yang Siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini mempunyai Silsilah Warisan Ilmu Rasulullah ﷺ iaitu mereka mewarisinya dari Guru mereka yang juga Mursyid yang Siddiq (benar) dan mereka juga mengambil warisan tersebut dari Guru mereka yang Mursyid — begitu bersambung ke atas sehingga menerima warisan dari Sayyidina Abu Bakr,  atau Sayyidina Ali, atau Sayyidina Umar atau Sayyidina Uthman, Ridhwanullah   — yang mereka mewarisinya dari Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.


Khabar dari mereka adalah menempati khabar mutawatir iaitu khabar yang sahih lagi  marfu' yang tidak mungkin ada kecelaan atau kecacatan, jauh sekali daripada pendustaan.  Demikian banyaknya Masyaikh Ahlus Sunnah seluruh dunia, dari berbagai penjuru dunia mewariskan Zikir Allah Allah ini, maka tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.   


Pada saat ini, diseluruh dunia terdapat berbagai Silsilah Nabi ﷺ, di antaranya yang sangat terkenal adalah; 


(1) Toriqat Qodiriyyah — dibangunkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.


(2) Toriqat Naqsyabandiah - dibangunkan Al Imam Shaikh Baha Uddin Shah Nqsyabandiah Radhiallahu anhu.


(3) Toriqat Ri'faiyyah — dibangunkan oleh Imam Ar-Rifa'ie Radhiallahu anhu.


(4) Toriqat Junaidiyyah — dibangunkan oleh Imam Junaid Radhiallahu anhu.


(5) Toriqat Syaziliyyah — dibangunkan oleh Imam Abu Hasan Asy-Syazili Radhiallahu anhu.


(6) Toriqat Syattariyyah — dibangunkan oleh Imam Abdullah Syattari Radhiallahu anhu.


(7) Toriqat Samaniyyah — dibangunkan oleh Imam Abdul Karim Samman Radhiallahu anhu.


(8) Toriqat Ghazaliyyah — dibangunkan oleh Imam Ghazali Radhiallahu anhu.


Kesemua Ulama Pewaris Nabi ini mengamalkan Zikir Allah Allah di samping zikir-zikir lain seperti  "La-Ilaha Illallah", "Ya Qaahar" , "Ya Latif" , "Ya Hayyu Ya Qayyum" dan lain-lain dan mewariskannya kepada Mursyid-Mursyid berikutnya sampai ke saat ini terus diamalkan oleh Mursyid-Mursyid yang hidup pada zaman ini.


Jika demikian, siapakah di antara orang-orang pada zaman ini lebih tinggi ilmunya dan lebih memahami Al-Qur'an dan Sunnah daripada Ulama Mujtahidin dan Mujaddid?   Siapakah di antara "mufti" atau "profesor" pada zaman ini lebih tinggi ilmunya dari Al-Imam Sulton Auliya, Imam Junaid, Imam Syazili, Imam Rifa'ie, Imam Ghazali, Imam Haythami, Imam Haddad dan lainnya  sehingga berani ingkar kepada Zikir Allah Allah?  "Mufti, Profesor, cerdik pandai Agama" yang terang-terang menentang ini tidak lain melainkan golongan jahil yang menjadi pengikut Iblis La'natullah. 


Bersambung siri 638 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

      🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...