Friday, June 13, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 635)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....




Dalil Fatwa Ulama Mu'tabar

Berikut adalah fatwa Ulama Ahlus Sunnah berhubung dengan Zikir Allah Allah. Mereka adalah Mujtahid dan Mujaddid yang terpercaya sepanjang zaman.  Mereka adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang tiada keraguan apa pun terhadap mereka.  Fahamilah! .... Mematuhi fatwa Pewaris Nabi adalah keselamatan dan menentang mereka membawa manusia kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran.  Wal Iyazubillah. 


(1)  Toriqat Siddiqiyyah — Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu anhu:

Daripada riwayat yang sampai kepada Ulama Ahlus Sunnah melalui Silsilah Rasulullah ﷺ, Toriqat yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakr Radhiallahu anhu adalah Toriqat Siddiqiyyah, mengambil sempena gelaran beliau " As-siddiq".  Zikir yang diterima daripada beliau turun-temurun oleh sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah adalah "Zikir Allah Allah di dalam hati" (zikir khafi). 


Pada zaman kemudian, Toriqat yang diamalkan oleh Sayyidina Abu Bakar (dan sekalian sahabat lain) itu dinamakan Toriqat Naqsyabandiah.  Nama "Naqsyabandiah" diambil sempena nama "Shaikh Bahauddin Shah Naqsyabandi", silsilah Rasulullah ﷺ yang ke-16. 


Sebagaimana ditegaskan oleh sekalian Ulama Mu'tabar,  silsilah Rasulullah ﷺ ini tidak boleh diingkari kerana khabarnya mutawathir, iaitu sejumlah besar Ulama Pewaris Nabi meriwayatkan hal yang sama sehingga tak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.  Barang siapa menafikan Toriqat yang sahih dari Rasulullah ﷺ adalah dia mendustakan Nabi ﷺ, maka batal Imannya.  Wal Iyazubillah. 


 (2) Imam Besar Ahlu Sunnah, Imam at-Toriqat Wal Haqiqat,  Imam Ja'afar As-Siddiq Radhiallahu Anhu:  


Beliau adalah cucunda Rasulullah ﷺ yang ke-5 dari jalur Sayyidina Husain Radhiallahu Anhu.  Imam Ja'afar Siddiq menduduki posisi Agung sebagai Penyambung Risalah Rasulullah ﷺ, menduduki Maqam Auliya tingkatan tertinggi bergelar Ghawth.  


Imam Ja'afar Siddiq digelar Imam Toriqat Wal Haqiqat  kerana  semua Toriqat Ahlus Sunnah yang sahih yang diterima dari Rasulullah ﷺ melalui tangan beliau.  Salah satu dari Toriqat yang beliau wariskan adalah zikir asasnya "Zikir Allah Allah" di dalam hati, yang sekarang ini dinamakan Toriqat Naqsyabandiah. 


(Penegasan penting :  Imam Ja'afar Siddiq adalah Imam Ahlus Sunnah, dan bukan Syi'ah.  Beliau tiada kaitan dengan dakwaan- dakwaan batil Syi'ah (rafidhi).  Imam Ja'afar Siddiq telah mewariskan sejumlah besar Toriqat dari Nabi ﷺ  dan TIDAK ada kaitan apa-apa pun dengan golongan Syi'ah rafidhi sesat.) 



(3) Imam Junaid Al-Baghdadi Radhiallhu anhu:

Beliau adalah Imam Ahlus Sunnah,  Qadhi,  Imam Fiqh,  dan Auliya Allah yang ternama,  mengajarkan murid-murid beliau dengan Zikir Allah Allah. 

[Rasail Al-Junaid - Risalah-risalah kecil Imam Junaid]



(4) Imam Fakhruddin Ar-Razi Radhiallhu anhu:

Beliau adalah  Mujaddid Agung Ahlus Sunnah kurun ke-6 Hijriyyah, Imam Fakhruddin Ar Razi menyebut:

"Ketahuilah sekalian manusia, sesungguhnya aku menyebut sepanjang hidupku "Allah".  Apabila mati, aku menyebut "Allah".  Apabila disoal di dalam kubur aku menyebut "Allah".  Apabila datang di Hari Qiamat aku menyebut "Allah".  Sewaktu aku mengambil suratan amalan aku menyebut "Allah".  Sewaktu perhitungan amalan aku menyebut "Allah".  Ketika melintasi titian aku menyebut "Allah".  Apabila masuk ke Syurga aku menyebut "Allah" hingga apabila melihat Allah aku juga menyebut "Allah".

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Bersambung siri 636 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

  SIRI 11 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ     Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunna...