Monday, February 03, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 613)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(6) Menyandarkan keberhasilan amal kepada keupayaan diri adalah Syirik


Setiap orang Islam diperintah mencari jalan-jalan kebaikan dan berusaha sungguh-sungguh mencapai Keredhaan Allah, namun kamu dilarang bergantung hati kepada keberhasilannya, sama ada ianya berupa kebaikan-kebaikan di dalam Ibadah maupun kebaikan di dalam muamalah (urusan harian) bersifat duniawi yang membawa kepada Akhirat.


Dengan perkataan lain, menyandarkan keberhasilan, kejayaan, kebijaksanaan, kemenangan dll sepertinya kepada keupayaan atau kemampuan diri adalah dilarang keras kerana ia merupakan syirik kepada Allah. Dan ini dinamakan Syirik khafi (Syirik tersembunyi).  Dari satu sudut pandangan Syirik Khafi lebih bahaya dari Syirik Jali (Syirik terang-terangan) kerana ia tidak kelihatan kerana tersembunyi di dalam hati. Kebanyakan orang menganggap ianya tiada apa-apa sedangkan syirik khafi boleh batalkan amal ibadah dan merosakkan Iman seseorang.


Beberapa contoh:

1. Seseorang yang dapat melakukan ibadah yang banyak lalu merasakan dirinya yang memperbuat amal tanpa menyandarkan keberhasilan ibadah kepada Allah adalah melakukan syirik khafi.


2. Seorang doktor yang berjaya mengubati pesakit berkata di dalam hatinya bahawa pesakit tersebut sembuh disebabkan kehebatan usaha ikhtiarnya serta kepakarannya. Ini Syirik.


3. Seorang usahawan yang menjadi kaya-raya mengaku bahawa kekayaan tersebut adalah dari usahanya yang gigih atau kerana kepakarannya di dalam dunia perniagaan.

          

4. Seorang pemimpin negara merasakan dirinya hebat kerana berjaya membawa kemakmuran kepada negara.


Beberapa contoh ini dll sepertinya adalah Syirik yang batalkan amal  ibadah seseorang. 


Menurut amaran Rasulullah ﷺ, dosa Syirik khafi (Syirik tersembunyi dalam hati) adalah umpama semut hitam yang merayap di atas batu yang hitam di malam yang kelam. Pemiliknya tidak sedar dia sedang melakukan dosa besar yang boleh batalkan amalnya sedang dia tidak menyedarinya.



Firman Allah:


الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ


“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.” 

[Al Baqarah (2) : Ayat 22]


Tafsiran Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

”Yang dimaksud membuat sekutu-sekutu bagi Allah adalah berbuat syirik. Syirik (dalam hati) adalah suatu perbuatan dosa yang lebih sulit (sangat samar) untuk dikenali daripada jejak semut yang merayap di atas batu hitam di tengah kegelapan malam.”

[Tafsir Ibnu Abbas]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Syirik yang dilakukan ummatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar."

[Imam Al Hakim]


Rasulullah ﷺ bersabda:

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" 

[Imam Ahmad] 

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

 “Aku sangat takut syirik pada Ummatku. Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu. Akan tetapi memperlihatkan kepada orang  dengan amal mereka.” 

[Imam Ibnu Majah, Imam Al-Hakim]


Isyarat Hadith2 tersebut adalah syirik khafi ( tersembunyi ) yang menerbitkan dosa besar, batalkan amal dan merosak Iman seseorang.


Bersambung siri 614 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...