Monday, February 03, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 614)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 69:

Tafsir Al-Qur'an dengan

pendapat aqal, nafsu

.... sambungan.....



(7) Doa dan usaha ikhtiar (perbuatan manusia) tidak berkuasa mengubah Taqdir


Sebahagian daripada kekeliruan besar  berhubung dengan doa, usaha ikhtiar dan Taqdir adalah:  Mereka I'tiqad mereka mampu mengubah Taqdir dengan doa dan usaha ikhtiar.  


Ini keyakinan yang sangat bahaya kepada Tauhid seseorang.  Bukanlah sebuah doa atau usaha ikhtiar manusia mengubah Taqdir yang Allah tetapkan tetapi yang benar adalah: 

Doa dan usaha ikhtiar manusia itu pun merupakan Taqdir dari Allah Ta'ala. Dia yang Kurniakan doa dan menggerakkan usaha ikhtiar seseorang sehingga keadaan asalnya berubah.   Bukanlah doa dan usaha ikhtiar seseorang berkuasa mengubah Taqdir. 


Jika seseorang i'tiqad bahawa doa dan usaha dia berjaya mengubah Taqdir, ini membawa maksud orang itu beri'tiqad Allah Ta'ala lemah kerana terpaksa mengikut kemahuannya. Maka jadilah Allah itu bersifat lemah kerana Dia boleh digagahi.... Wal Iyazubillah. Maha Suci Allah daripada digagahi oleh sesuatu. Sebaliknya Dia (Allah) Yang Maha Gagah dan Berkuasa di atas segala sesuatu


Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata:

"Apabila Allah Ta'ala Mengkabulkan apa yang diminta hamba-Nya, dan Mengkabulkan permintaannya, maka Iradah-Nya tidak akan terkoyak, tidak pula akan membuat kering catatan, akan tetapi permohonan itu sesuai dengan  kehendak Tuhan pada waktunya.  Sehingga sesuai itu menghasilkan pengabulan dan memenuhi kemahuannya pada waktu yang ditentukan-Nya, untuk menyampaikan Taqdir itu pada waktunya.  Seperti yang dikatakan _Alim Billah_ (Ahli Ma'rifat) mengenai Firman Allah:  كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬    — Setiap  waktu Dia di dalam kesibukan" [Ar-Rahman (55) : Ayat 29] iaitu mengiring Taqdir sampai waktunya. 

Allah Ta'ala tidak memberi sesuatu kepada siapa pun di dunia ini kerana doanya.  Begitu juga Allah tidak memalingkan kejelekan dari sesiapa pun semata-mata kerana doanya.  


Adapun apa yang diriwayatkan di dalam Hadith Nabi, "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa." [Imam Tirmizi] adalah dikatakan yang dimaksud dengan Hadith ini :   "Tidak ada yang dapat menolak qadha kecuali doa yang telah ditetapkan (pada Taqdir Azali) dapat menolak qadha."   [Ertinya doa yang menolak qadha tersebut telah pun ditetapkan oleh Allah di dalam Taqdir Azali,  bukanlah sebab doa seseorang itu - pent]

[Tamat Nukilan kitab Futuhul-Ghaib]


Bersambung siri 615 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=======================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 661) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...