■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 589)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:
"Imam Muslim meriwayatkan Hadith dari Aisyah Radhiallahu anha, bahawa Rasulullah ﷺ pernah membaca ayat :
هُوَ ٱلَّذِيۤ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَاءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ ٱللَّهُ وَٱلرَّاسِخُونَ فِي ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ ٱلأَلْبَابِ
kemudian Baginda bersabda,
"Apabila kamu melihat orang-orang yang mengikuti ayat-ayat mutasyaabihaat, maka mereka itulah yang dimaksud oleh Allah dengan orang-orang sesat, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka."
Abu Ghalib bercerita : Aku pernah melakukan perjalanan dengan berjalan kaki, bersama Abu Umamah yang mengenderai seekor keledai miliknya. Lalu sampailah kami di Masjid Damaskus untuk berehat, namum ketika kami sedang duduk-duduk di tangga Masjid, kami melihat beberapa kepala terpenggal yang terpancang di sisi Masjid. Kemudian Abu Umamah bertanya kepada orang-orang di sana: "Kepala-kepala siapakah ini?" Ini adalah kepala-kepala kaum Khawarij yang didatangkan dari Iraq". Lalu berkata Abu Umamah: "Merekalah yang akan menyerupai anjing-anjing di Neraka (beliau mengucapnya sebanyak tiga kali). Kesejahteraan moga terlimpah kepada orang-orang yang membunuh mereka. (beliau ulang sampai tiga kali).
Kemudian tiba-tiba Abu Umamah menangis. Aku pun bertanya kepadanya: "wahai Abu Umamah, apa yang menyebabkan engkau menangis? Beliau menjawab, "Aku sangat menyayangkan kejadian ini. Mereka (khawarij) dahulu adalah orang Islam dan mengikuti ajaran Islam, namun mereka keluar dari Agama dan Ajaran Islam. Lalu beliau membaca ayat ini:
هُوَ ٱلَّذِيۤ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَاءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ ٱللَّهُ وَٱلرَّاسِخُونَ فِي ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ ٱلأَلْبَابِ
kemudian beliau juga membaca ayat:
وَلاَ تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخْتَلَفُواْ مِن بَعْدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلْبَيِّنَاتُ وَأُوْلَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
[Aali Imran (3) : Ayat 105]
Kemudian aku bertanya, "Apakah mereka yang dimaksudkan di dalam ayat ini? Beliau menjawab "Ye benar". Lalu aku bertanya lagi, "Apakah engkau katakan ini pendapat engkau sendiri atau engkau mendengarnya dari Rasulullah ﷺ sendiri? Maka beliau menjawab, "Jika ini pendapatku sendiri, maka aku sudah terlalu berani, sedang aku tidak seberani itu. Aku mendengar dari Rasulullah ﷺ bukan hanya sekali, atau dua kali atau tiga kali atau empat kali atau lima kali atau enam kali atau tujuh kali..." Lalu Abu Umamah menutup telinganya dengan jari-jarinya dan ia menegaskan, "Apabila ini hanya pendapatku maka lebih baik aku diam saja. (beliau ulangi tiga kali). Kemudian beliau meriwayatkan,
"Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "Bani Israil terpecah kepada tujuh puluh satu kelompok, satu saja masuk Syurga sedang yang lain masuk neraka. Adapun ummat ini bertambah satu lagi dibandingkan mereka. Satu kelompok darinya masuk Syurga sedangkan yang lain masuk Neraka."
[Tafsir Qurtubi]
Catitan:
Dari Penjelasan Imam Qurtubi :
Golongan yang menta'wil ayat mutasyaabihaat menurut nafsu mereka dan bisikan syaitan adalah golongan Khawarij, iaitu pada zaman ini bergelar Golongan Wahhabiyyah, Najdiyyah, kaum muda dan beberapa nama lain.
Bersambung siri 590 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment