■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 588)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Dialah yang telah memilihmu, wahai Rasul yang paling sempurna untuk mendukung Risalah-Nya dan untuk menjadi wakil dan Khalifah-Nya. Dia Menurunkannya sebagai Anugerah dan Nikmat kepadamu dari Hadrat-Nya untuk membenarkan dan menguatkan dirimu berupa Al-Kitab yang mengandungi Mukjizat bagi semua yang menentang dan melawanmu. Sebagai penghormatan bagimu, dan Dia membahagi isinya ke dalam beberapa surah dan ayat-ayat menjadi dalil atas berbagai hal berkait keadaan para hamba di kehidupan dunia dan kehidupan Akhirat. Demikianlah pokok-pokok isi Al-Qur'an yang wajib diikuti dan dilaksanakan oleh sekalian manusia. Dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat terkait dengan Ma'rifat dan Haqiqat yang terdiri dari hikmah dan maslahat dalam kewajipan taklif, ketaatan dan ibadah yang dapat menghantarkan manusia kepada Haqiqat dan Ma'rifat, khususnya bagi Ahlul- Azaim as-sahhah yang sentiasa menuju samudera Tauhid.
Ada pun orang yang di dalam hatinya condong kepada kesesatan, cenderung untuk menyimpang dari jalan kebenaran yang menghimpun zahir dan batin, maka mereka mengikuti sebahagian ayat mutasyabihat dan meninggalkan perlaksanaan ayat muhkamat, sebagai suatu bentuk kebodohan dan pembangkangan. Mereka jahil dari mengetahui bahawa pencapaian Ma'rifat dan Haqiqat hanya dapat terwujud dengan membaiki aspek zahir melalui perlaksanaan ayat -ayat muhkamat. Tindakan mereka mengikuti ayat-ayat mutasyaabihaat seperti itu tidak dimaksudkan melainkan untuk menimbulkan fitnah di antara manusia dan merosak aqidah mereka dari Tauhid yang benar.
Mereka mencari-cari ta'wil agar sesuai dengan apa yang diinginkan oleh 'aqal mereka dan nafsu mereka. Seperti yang dilakukan oleh pembuat bid'ah (72 golongan pembuat bid'ah sesat). Padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya dengan benar melainkan Allah Ta'ala yang menurunkan kitab itu. Sebab ta'wil bagi Firman-Nya tidak dapat diketahui oleh siapa pun selain Dia, kecuali dengan Taufiq dan Pertolongan-Nya. Dan orang yang mendalam ilmunya — iaitu Ilmu Ladunni yang di-Perkuat oleh Allah dengan Ilmu dan Wahyu-Nya. Dan Ma'rifat dan Haqiqat tidak dapat diraih hanya dengan kekuatan zahir, kecuali dengan dokongan dan Jazbah, mereka berkata: "kami beriman kepada-Nya dan meyakini ayat muhkamat dan mutasyaabihaat kerana semua itu turun dari Tuhan kami."
Dan tidak ada yang mampu mengambil pelajaran darinya melainkan orang yang beraqal, yang diri mereka telah terbentuk dengan inti tauhid dan menolak kulit luar yang menjadi kosekuensi dari kekuatan nafsu yang merupakan bala tentera syaitan dan hawa nafsu yang batil dan pendapat hawa nafsu yang batil."
[Tafsir Al-Jailani]
Beberapa penegasan penting di dalam Tafsiran Al-Imam Jilani radhiallahu anhu:
(1) Orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya berpegang teguh dengan kesemua Perintah Allah ; sama ada yang berupa ayat muhkamat (perintah berkenaan hukum-hakam Syari'at dan mutasyaabihaat (ayat-ayat kesamaran yang lazimnya berkait dengan rahsia-rahsia Haqiqat dan Ma'rifat)
(2) Golongan munafiq dan fasiq hanya berpegang kepada sebahagian ayat Allah sedangkan mereka menolak sebahagian lain.
(3) Golongan yang hanya mengikuti ayat mutasyaabihaat sedangkan mereka menolak untuk amalkan ayat muhkamat golongan pembuat fitnah yang bawa kepada kesesatan.
(4) Golongan yang selamat adalah golongan yang bersih jiwanya, beriman kepada kedua-dua ayat muhkamat dan mutasyaabihaat serta berpegang teguh kepada kesemuanya.
Bersambung siri 589 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment