■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 587)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Dalil-Dalil
=========
Dalil 1: Firman Allah:
هُوَ ٱلَّذِيۤ أَنزَلَ عَلَيْكَ ٱلْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُّحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلْكِتَابِ وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ في قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ٱبْتِغَاءَ ٱلْفِتْنَةِ وَٱبْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ ٱللَّهُ وَٱلرَّاسِخُونَ فِي ٱلْعِلْمِ يَقُولُونَ آمَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ ٱلأَلْبَابِ
"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "muhkamat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat muhkamaat itu ialah ibu(atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukai nafsu atau pendapat aqalnya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: ‘Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami’ Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang mempunyai kefahaman."
[Aali-Imran (3) : Ayat 7]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
"Dia (Allah) yang menurunkan Al-Qur'an kepada kamu melalui perantaraan Jibril. Di antara isi kandungan Al-Qur'an ada ayat bersifat muhkamat, iaitu ayat-ayat yang menjelaskan hukum halal dan haram, yang tidak pernah mengalami nasakh (penghapusan hukum). Inilah dasar bagi Al-Qur'an dan semua Kitab Suci yang hukumnya diamalkan oleh manusia. Selain itu adalah ayat mutasyaabihaat (ayat kesamaran yang memerlukan Ta'wil), iaitu ayat Qur'an yang difahami secara keliru (dan batil) oleh golongan Yahudi, Riwayat lain mengertikan ayat mutasyaabihaat sebagai ayat yang hukumnya dihapus dan tidak diamalkan lagi. Orang yang condong kepada kesesatan adalah orang yang ragu-ragu, menentang dan meninggalkan Petunjuk Ilahi, mereka adalah Yahudi seperti Ka'ab bin Asyraf, Huyay bin Akhtab, Jaddi bin Akhtab dan pengikut-pengikut mereka. Mereka mengikuti sebahagian ayat mutasyaabihaat untuk mencari kekufuran dan kemusyrikan (Musyrik, Syirik) dan setia dengan kesesatan mereka. Mereka sengaja mencari-cari takwil bagi ayat mutasyaabihaat, iaitu mencari kelemahan Ummat supaya kekuasaan dan kerajaan kembali kepada mereka. Padahal tidak ada mengetahui takwil melainkan Allah. Firman Allah berhenti sampai sini. Kemudian Dia menyambung; "dan orang-orang yang mendalam ilmu Taurat, iaitu Abdullah Ibn Salam dan pengikutnya berkata: “Kami beriman ayat-ayat mutasyaabihaat. Semuanya itu dari Tuhan kami. Tidak ada yang mengambil pelajaran darinya melainkan orang yang beraqal bersih seperti Abdullah bin Salam."
[Tafsir Ibnu Abbas]
Bersambung siri 588 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment