■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 586)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 69:
Tafsir Al-Qur'an dengan
pendapat aqal, nafsu
.... sambungan.....
Penjelasan 8:
Pada hayat Rasulullah ﷺ, hanya Baginda yang berikan penjelasan terhadap Al-Qur'an. Ketika para Sahabat musykil berkenaan sesuatu ayat Al-Qur'an, mereka segera rujuk kepada Rasulullah ﷺ.
Selepas kewafatan Baginda, khususnya Khulafa' Ar-Rasyidin dan Sayyidina Ibnu Abbas Ridhwanullah sahaja yang mentafsir dan menta'wil ayat Qur'an.
Selepas kawafatan para Sahabat, hamba-hamba Allah yang benar-benar layak mentafsir dan menta'wil Al-Qur'an adalah para Imam yang mengambil bai'at dan mempelajari Agama daripada para Sahabat dengan kaedah Talaqqi Musyafahah (menghadap dan menerima ilmu dari lisan Guru). Merekalah Ulama Taqwa dari kalangan Ahlus Sunnah wal jamaah.
Melalui tradisi Keilmuan Ahlus Sunnah ini, iaitu Bai'at dan Talaqqi Musyafahah, Cahaya Islam tetap terpelihara di tangan para Ulama Pewaris Nabi yang muhaqqiq yang benar-benar mewarisi Keilmuan Rasulullah ﷺ sampai Qiamat. Ulama Tafsir dan Ta'wil yang benar-benar menepati syarat sebagai Ulama Pewaris Nabi akan tetap wujud di kalangan Ahlus Sunnah.
Penjelasan 9:
Sejarah permulaan penyelewengan di dalam Tafsir dan Ta'wil Al-Qur'an terjadi selepas kewafatan Rasulullah ﷺ. Berbagai golongan orang Islam yang masih jahil berkenaan Agama mula mentafsir Al-Qur'an menurut pendapat aqal dan nafsu mereka. Mereka campur adukkan Islam dengan fahaman-fahaman batil dari falsafah, ideologi, doktrin sesat yang mereka kutip daripada ahli pemikir dan ahli Falsafah kafir. Mereka bukan Ulama mufassir yang layak. Mereka tidak menepati syarat-syarat sebagai Ulama Tafsir dan Ta'wil. Tetapi mereka cukup berani mempermainkan Ayat-Ayat Allah.
Akibat dari pentafsiran batil ini, maka lahirlah berbagai aliran pemikiran dengan tafsiran masing-masing menurut pemikiran aqal, nafsu serta kepentingan puak mereka. Merekalah kelompok-kelompok batil dan sesat berjumlah 72 golongan sesat.
Penjelasan 10:
Sekalian Ulama Tafsir dan Ta'wil Al-Qur'an yang benar hanya wujud di dalam Ahlus Sunnah wal Jamaah. Setiap Mufassir (Ulama Tafsir) dan Mujtahid (Ulama yang ijtihad hukum-hakam Agama) adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang menunjukki jalan lurus kepada manusia.
Merekalah Ulama Pewaris Nabi yang mendapat Petunjuk Allah dan sentiasa di dalam Pimpinan tangan Ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.
Berkata Al-Imam Sulton Awliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid, Ahli Sufi, Ahli ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat nukilan kitab Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Adapun selain Ahlus Sunnah wal Jam'aah, iaitu Ulama dari 72 golongan sesat [khawarij (puak wahhabiyyah), syi'ah (rafidhi), muktazilah, mujassimah, jabariyyah dan lain-lain] adalah pentafsir-pentafsir batil dan sesat. Mereka mentafsir dan menta'wil ayat Allah menurut pendapat aqal dan nafsu, maka jadilah mereka sesat dan menyesatkan. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 587 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=======================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment