Monday, November 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 557)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 66:

Putus silatur-rahim

I  قَاطِعَ رَحِمٍ  I

==============



Definisi:

========


Dari segi bahasa: 

.............................


Perkataan ( قَاطِعَ رَحِمٍ ) — putuskan Silatur-rahim terdiri dari dua perkataan :    ( قَاطِعَ ) dan  (  رَحِمٍ )            


Perkataan "قَاطِعَ " dari kata dasar ( قَطَعَ - يقْطع ) bermaksud  memotong, putuskan, memenggal, mengurangi, mematahkan, memisahkan, hentikan


Perkataan ( رحم ) asal dari Nama Agung Allah — Ar-Rahim — Allah Yang Maha Pengasih, daripada-Nya mengalir sifat kasih sayang sesama orang Mukmin dan kasih sayang sesama kaum kerabat.


 Juga disebut pengertiannya sebagai rahim wanita, tempat kukuh janin membesar dan terpelihara di dalamnya. 



Dari segi istilah:

..............................


Pengertian  ( قَاطِعَ رَحِمٍ ) adalah bermaksud:  memutuskan silatur-rahim, iaitu memutuskan tali persaudaraan dengan kerabatnya yang berasal dari satu "rahim", iaitu dari satu rahim ibu. 


Istilah "rahim" digunakan untuk menyebut kaum kerabat, keturunan sulbi kerana mereka sekaliannya berasal dari satu rahim.”



Penjelasan

==========


Penjelasan 1:

Orang-orang beriman wajib memelihara _silatur-rahim_, iaitu memelihara hubungan persaudaraan dan dilarang keras memutuskannya. Memutuskan silatur-rahim adalah dosa besar.


Penjelasan 2:

Persaudaraan di kalangan Ummat Islam terdiri dari dua bahagian (dua pihak, dua golongan).


Pertama: Persaudaraan sulbi yang mempunyai hubungan darah, kekeluargaan, keturunan yang lazim disebut "kaum kerabat" dari rahim yang sama.


Kedua: Persaudaraan yang mempunyai ikatan yang amat kuat, kukuh dan teguh bersandarkan kepada hubungan keimanan, hubungan keruhanian, hubungan Aqidah yang satu, Tauhid yang satu. 


Kedua-dua ikatan tersebut — Ikatan Sulbi dan Ikatan Tauhid wajib dipelihara oleh semua orang Mukmin — orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Memutuskan ikatan persaudaraan ini adalah dosa besar berdasarkan keterangan Al-Qur'an, Hadith Rasulullah ﷺ dan kesepakatan Ulama Ahlus Sunnah. 


Penjelasan 3:

Perbincangan pada siri ini adalah khusus berkenaan larangan keras memutuskan silatur-rahim sesama ahli keluarga kaum kerabat yang mempunyai hubungan silatur-rahim ( قَاطِعَ رَحِمٍ ).


Penjelasan 4:

Mereka yang tergolong ke dalam pengertian "kaum kerabat" adalah: 

Sekalian ahli keluarga yang mempunyai hubungan "rahim" yang sama, sama ada mereka mahram atau bukan mahram, sama ada mereka layak terima harta warisan atau tidak, maka termasuk di dalam pengertian "kaum kerabat" adalah:


(1) Datuk 

(2) Nenek

(3) bapa saudara 

(4) ibu saudara 

(5) anak saudara

(6) cucu 

(7) cicit

(8) Saudara disebabkan hubungan perkahwinan seperti menantu, besan dan lain-lain.  Kesemua mereka ini adalah termasuk "kaum kerabat" yang wajib dipelihara hubungan kekeluargaan dengan mereka dan jangan sesekali putuskan hubungan dengan mereka.


Penjelasan 5:

Pengertian memelihara hubungan silatur-rahim sesama kaum kerabat:

1. Ziarah-menziarahi mereka jika tinggal berdekatan.

2. Jika tinggal berjauhan, lazimkan bertanya khabar.

3. Saling menolong dengan apa jua cara yang mungkin.

4. Hulurkan bantuan kewangan atau harta kepada ahli keluarga yang miskin yang melarat. 

5. Ziarahi mereka jika mereka sakit.

6. Apabila seseorang ahli keluarga meninggal, uruskan pengebumian mereka.


Bersambung siri 558  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

____________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...