Monday, November 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 558)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 66:

Putus silatur-rahim

I  قَاطِعَ رَحِمٍ   I

...sambungan....



Penjelasan 6:

Perkara-perkara yang boleh membawa kepada putusnya Silatur-rahim:

1. Enggan tegur sapa.

2. Abaikan mereka, jauhi mereka.

3. Enggan berjumpa walaupun tinggal berdekatan.

4. Enggan hulurkan pertolongan ketika mereka memerlukan.

5. Abaikan ahli keluarga yang miskin dan memerlukan bantuan kewangan.

6. Jauhi ahli keluarga yang miskin kerana menjaga status dan taraf hidup.


Penjelasan 7:

Jika seseorang melakukan semua perkara yang berlawanan dengan ruh persaudaraan ini dengan niat memutuskan persaudaraan, maka perbuatan demikian itulah yang dilarang keras dan diancam dengan Neraka.


Penjelasan 8:

Jika dia melakukan semua hal tersebut (perkara-perkara yang membawa kepada putus silatur-rahim ) kerana kemarahan, kebencian, rasa tak puas hati  dan sebagainya dan  bukan kerana niat memutuskan, maka ini tidak termasuk "memutuskan silatur-rahim" namun hal seperti ini perlu diselesaikan secara aman dengan cara bijaksana kerana berpanjangan di dalam kemarahan dan kebencian kepada sesama ahli keluarga adalah termasuk hal yang sangat tercela yang akan bawa kepada akibat-akibat buruk yang lebih besar.


Penjelasan 9:

Merujuk " Penjelasan 6"  di atas, apabila diperhatikan secara teliti, setiap perkara yang boleh membawa kepada terputusnya silatur-rahim itu sendiri sudah termasuk dosa besar.

Misalnya abaikan saudaranya kerana taraf hidupnya yang rendah (barangkali dirinya berpangkat dan dipandang tinggi sedangkan saudaranya tidak demikian).  Perbuatan ini termasuk takabbur yang terkutuk dan di-Laknat Allah. 

Contoh lain: Enggan menolong saudaranya yang miskin.  Ini satu lagi perbuatan dosa besar kerana ia termasuk perbuatan bakhil dan tiada peri kemanusiaan. 


Penjelasan 10:

Punca terjadinya perselisihan keluarga sehingga terputus silatur-rahim berbagai ragam, namun semuanya berpunca dari penyakit hati — iri hati, dendam, kemegahan, takabbur, enggan tolak ansur, cinta dunia, bakhil dan lainnya.


Berkata Imam Nawawi Radhiallahu anhu:

Hadith ini (Hadith berkenaan ancaman terhadap orang yang putuskan silatur-rahim) menunjukkan bahawa memutuskan tali persaudaraan (kerabat) merupakan dosa besar, dan menjadi sebab yang menghalangi seseorang dari masuk Syurga.  


Pengertian "Tidak akan masuk Syurga"  di dalam Hadith ini, ada dua kemungkinan: 


1. Tertuju kepada orang yang menganggap halal memutuskan persaudaraan tanpa sebab, padahal dia mengetahui keharamannya, maka orang ini kafir, dia kekal di dalam Neraka, dan tidak akan masuk Syurga selamanya. (Ini adalah kerana dia telah halalkan suatu yang diharamkan oleh Allah — pent.)


2. Maksudnya: tidak masuk Syurga bersama orang-orang yang masuk dahulu, tetapi dia dihukum dengan diundurkan dari masuk Syurga dengan ukuran yang dikehendaki oleh Allah Azza wa Jalla. (Disiksa di dalam Neraka terlebih dahulu kemudian dimasukkan ke dalam Syurga.)

[Syarah Muslim — Imam Nawawi]


Bersambung siri 559  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...