Monday, November 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 559)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 66:

Putus silatur-rahim

I  قَاطِعَ رَحِمٍ   I

...sambungan....



DALIL-DALIL

===========


Dalil 1: Firman Allah


وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ  إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا


Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

[An-Nisaa' (4) : Ayat 1]


Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:

Dan bertaqwalah kepada Allah, iaitu taatilah Allah yang dengan pergunakan nama-Nya, kamu saling meminta satu sama lain berbagai keperluan dan hak satu sama lain.  Dan peliharalah hubungan silatur-rahim.  Jika huruf mim dibaca kasrah ( وَاَلْأَرْحاَمِ ) , maka maknanya adalah: Bertaqwalah kepada Allah yang dengan nama-Nya dan hak kekerabatan, kamu saling meminta satu sama lain. Namun jika dibaca fat-hah huruf mimnya ( وَالْأَرْحَامَ ) , maka maknanya adalah l: Sambungkanlah silatur-rahim dan jangan kamu memutuskannya.  Lafaz ini di 'athafkan kepada lafaz Allah.  Sesungguhnya Allah meminta pertanggungjawaban dari kamu atas perlaksanaan Taqwa dan silatur-rahim yang Dia Perintahkan kepadamu.

[Tafsir Ibnu Abbas]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Bertaqwalah kepada Allah, waspadalah dari apa yang membuatmu lupa Mengingat-Nya, kerana Dia (Allah) lebih dekat kepadamu dari urat nadimu, Zat yang dengan nama-Nya kamu saling meminta dan kamu menyangka Allah jauh padahal Dia sangat dekat dan peliharalah hubungan kasih sayang yang lahir dari pernikahan maknawi dan perkahwinan penuh cinta dengan cara yang telah disebutkan.  Allah selalu mengawasi dan menjagamu dari apa yang tidak mencukupimu apabila kamu tulus menghadap kepada-Nya.

[Tafsir Jilani]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

Telah sepakat seluruh Ummat bahawa _silatur-rahim_ adalah hal yang wajib ditunaikan dan memutuskannya adalah haram hukumnya berdasarkan hadith sahih bahawa Rasulullah ﷺ bersabda kepada Asma' Radhiallahu anha, beliau bertanya kepada Baginda:

"Apakah saya perlu menyambung silatur-rahim dengan ibuku? Baginda jawab: " ya, sambunglah silatur-rahim dengan ibumu." 

[Imam Abu Dawud]


Rasulullah ﷺ tetap memerintahkan untuk menjaga _silatur-rahim_ dengan ibunya walaupun ibunya berbeza Aqidah dengannya.  Penegasan Baginda ﷺ menunjukkan keutamaan silatur-rahim meskipun terhadap orang kafir.

[Tafsir Qurtubi]


Berkata Ibnu Kathir Radhiallahu anhu

"Bertaqwalah kalian kepada Allah dalam silatur-rahim.  Dengan kata lain, janganlah kalian memutuskannya, melainkan hubungkanlah dan berbaktilah untuknya. Demikianlah yang dikatakan oleh Ibnu Abbas, Ikrimah, Mujahid, Al-Hasan, Ad-Dahhak, Ar-Rabi, dan lain-lainnya yang bukan hanya seorang.

[Tafsir Ibnu Kathir]


Bersambung siri 560  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...