Monday, November 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 556)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 65:

Bermegah-megah

Berlumba mencari dunia

.... sambungan....



(9) Jauhkan sifat bakhil

Jangan sesekali bakhil untuk keluarkan belanja pada fi sabilillah dan kepada orang miskin.

Makna bakhil bukan sahaja tertuju kepada orang yang enggan hulurkan sedekah tetapi juga termasuk bakhil adalah orang kaya yang bersedekah juga tetapi dia berkira-kira ketika mengeluarkannya. 


(10) Sedekahkan harta yang tidak digunakan

Seseorang yang memiliki harta yang tidak digunakan pada jangka waktu yang lama, maka hendaklah disedekahkan.  Misalnya mereka yang mempunyai pakaian melebihi keperluan, maka hendaklah disedekahkan.  Harta yang banyak yang disimpan tanpa keperluan akan dihisab dengan hisab yang berat.  Inilah sebabnya Ulama soleh terdahulu hanya menyimpan harta yang perlu sahaja.  Misalnya, apabila ada orang sedekahkan mereka pakaian, mereka akan segera sedekahkan pakaian yang sedia ada  (yang masih elok) kepada orang lain agar tidak menjadi bebanan pada hari Perhitungan. 


(11) Jangan himpun-himpun kekayaan sekadar untuk kepuasan nafsu

Orang-orang kaya, jutawan, Raja-raja, Sultan, pengusaha yang kaya-raya yang sering habiskan wang bermewah-mewah dengan koleksi kenderaan mewah, pakaian mewah-mewah, habiskan wang dengan berfoya-foya.... perlu beringat-ingat Hari Kemudian di mana sekalian harta dihitung satu persatu.  Selayaknya harta kekayaan yang berlebihan yang Allah Kurniakan dibelanjakan pada Fisabilillah dan membantu faqir miskin atau membuat rumah-rumah tumpangan Musafir atau membuat kebajikan lain yang bersifat amal jariah agar pahalanya mengalir terus-menerus selepas kematian. 


(12) Qana'ah — berpada dengan Kurnia Allah

Memaksa diri amalkan Sifat Qana'ah yang berlawanan dengan Tamak,  berpada dengan yang ada.  Berpada dengan yang ada bukan bermaksud berdiam diri tanpa usaha ikhtiar mencari rezeki. Pengertian yang sebenar adalah Redha dengan ketentuan Allah Ta'ala pada rezekinya dan tidak berlebih-lebihan menghabiskan masa mencari harta sehingga lupa kepada Allah dan abaikan segala kewajipannya sebagai orang beriman. 


(13) Oang tua yang berharta sedekah sebanyak-banyaknya

Sebahagian manusia dipanjangkan usianya sampai tua dan di-Kurniakan oleh Allah memiliki harta yang banyak — hartanah, sawah ladang, gedung-gedung perniagaan, wang pelaburan sana sini dan wang simpanan yang banyak di bank.  Ke mana nak dibawa semua harta itu?  Pilihan bijak adalah, tinggalkan sedikit untuk anak cucu dan sedekah sebanyak-banyaknya untuk jadi bekal Akhirat. 


Ajaibnya! Ada orang kaya-raya, makin tua makin tamak, makin tua makin bakhil, sedekah pun berkira-kira  makin tua masih sibuk kumpulkan harta. 

Ke mana nak dibawa semua harta itu?  Beringat-ingat jangan sampai masuk kepada golongan yang di-Murkai Allah.


أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ - حَتَّىٰ زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ -


"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal kebaikan) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak, kuasa, kedudukan, pangkat), sehingga kamu masuk kubur."


Bersambung siri 557  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI  

🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...