■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 547)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 65:
Bermegah-megah
Berlumba mencari dunia
.... sambungan....
Akibat Berlumba-lumba,
Bermegah dengan dunia
=======================
(1) Sekutukan Allah — Syirik khafi
Setiap orang Islam yang berlumba-lumba mencari-cari timbunan kekayaan, harta benda, wang ringgit, kuasa politik, kuasa ekonomi, pangkat, kedudukan dan kemasyhuran.... tidak terlepas dari dosa besar Syirik khafi. Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi, syirik dalam hati, sekutukan Allah dalam hati, Syirik halus yang amat halus dalam hati. Sifatnya tersangat halus daripada yang halus, sehingga digambarkan oleh Rasulullah ﷺ sebagai "semut hitam, merayap di atas batu hitam di malam yang kelam.
Rasulullah ﷺ bersabda:
" Syirik yang dilakukan ummatku lebih tersembunyi daripada semut halus yang merayap di atas batu yang besar.”
[Imam Al-Hakim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah Syirik kecil (syirik khafi), riya'. Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman; "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia. Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?"
[Imam Ahmad]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya yang paling aku takuti dari apa yang aku takuti atas ummatku ialah : riya’ dan nafsu syahwat tersembunyi, di mana ia lebih tersembunyi dari merangkaknya semut hitam di atas batu besar yang hitam pekat di malam yang kelam (sangat gelap).”
[Imam Ibnu Majah]
Baginda gambarkan dosa Syirik khafi terlebih sembunyi dari merangkaknya semut hitam di atas batu besar yang hitam pekat di malam yang kelam (sangat gelap) — menunjukkan dosa besar yang sangat tersembunyi sehingga sebahagian besar orang Islam tidak menyedari mereka jatuh ke dalamnya. Wal 'Iyazubillah.
Bagaimanakah dikatakan mereka yang berlumba-lumba mencari keduniaan dan bermegah-megah dengannya boleh terjatuh ke dalam Syirik Khafi?.
Jawapan:
Mereka yang berlumba-lumba mencari keduniaan dan bermegah-megah dengannya menjadi orang yang sangat sombong, takabbur, besar kepala, 'ujub, riya', sum'ah, rasa diri lebih hebat dari orang lain serta hinakan orang yang kurang berada dan miskin.
Semua perlakuan ini adalah Syirik khafi — Syirik yang batalkan amal dan rosakkan Iman. Penjelasan lengkap darihal Syirik khafi (syirik tersembunyi) ini, bagaimana ia muncul dalam hati seseorang secara sangat halus, tanda-tanda mengenalnya dan cara-cara hapuskannya sehingga dia selamat dari Kemurkaan dan Azab Allah... telah pun kami huraikan pada awal kitab ini. Sila rujuk.
(2) Menjadi orang bakhil dan tamak
Orang yang bercita-cita menghimpun kekayaan dan bermegah-megah dengannya lazimnya akan menjadi bakhil dan berserta dengannya sifat tamak, rakus dengan dunia.
Firman Allah:
وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَىٰ حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُون
"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
[Al-Baqarah (2) : Ayat 96]
(3) Menjadi zalim, jahat, fasiq
Hartawan, jutawan, Raja, Sultan, Pemerintah-Pemerintah yang bermegah dengan dunia dan Kuasa yang dimiliki ... menjadi orang yang zalim — menindas, menyakiti, bahkan sampai ke peringkat membunuh sewenang-wenangnya. Mereka ini dikuasai nafsu buas dan Syaitan.
Bersambung siri 548 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment