■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 546)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 65:
Bermegah-megah
Berlumba mencari dunia
.... sambungan....
Punca 5: Lupa bahawa Harta yang banyak jadi bebanan di Akhirat
Orang yang berlumba-lumba mengumpul kekayaan lupa bahawa harta yang banyak menjadi bebanan pada Hari Perhitungan, ketika setiap hartanya dihitung satu persatu. Makin banyak hartanya, makin lama masa hitungannya. Ertinya orang ini lupa bahawa harta yang banyak akan menjadi bebanan berat.
Firman Allah:
أَلۡهَٮٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ ثُمَّ كَلَّا سَوۡفَ تَعۡلَمُونَ
"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal ibadah dan kebajikan) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak pinak, pangkat dan kedudukan), sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat buruk yang akan menimpamu sewaktu kematian kamu). Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Qiamat)!"
[At-Takathur (102) : Ayat 1,2,3,4]
Rasulullah ﷺ bersabda:
لَا تَزُوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلَاهُ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ.
“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari Qiamat dari sisi Tuhan-Nya, hingga dia ditanya tentang lima perkara, iaitu, tentang umurnya untuk apa dia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa dia gunakan, tentang hartanya dari mana dia dapatkan, dan ke mana dia belanjakannya dan tentang Ilmunya, bagaimana dia amalkan.”
[Imam At-Tirmizi, Imam Ath-Thabrani]
Punca 6: Lupa kematian itu bila-bila masa
Hal ini juga merupakan punca yang sangat lazim bagi kebanyakan manusia. Mereka lupa bahawa mereka akan mati pada bila-bila masa. Mereka lupa bahawa ketika mati mereka tidak akan membawa sebarang harta kekayaan bertimbun yang mereka telah himpunkan melainkan harta paling murah — hanya helaian kain putih yang membalut tubuhnya.
Firman Allah:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.
[Al-A'raf (7) : Ayat 34]
Rasulullah ﷺ bersabda:
Seseorang bertanya kepada Rasulullah ﷺ, "Ya Rasulullah, mukmin manakah yang paling utama?" Baginda menjawab, "Yang paling baik akhlaqnya di antara mereka." "Mukmin manakah yang paling bijak?", tanya lelaki itu. Baginda menjawab, "Orang yang paling banyak mengingat mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati. Mereka itulah orang-orang yang bijak."
[Imam Ibnu Majah, Imam At-Thabrani]
Bersambung siri 547 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment