■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 548)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 65:
Bermegah-megah
Berlumba mencari dunia
.... sambungan....
(4) Tak mampu Tunaikan kewajipan sebagai orang beriman
Apabila kamu habiskan masa berlumba-lumba dengan orang lain mencari kemegahan dan kekayaan kamu akan abaikan Ibadah Solat dan kewajipan lain. Kamu tiada masa untuk berzikir, mendirikan Solat dan kewajipan lain kerana terlalu sibuk mengurus harta yang bertimbun.
Setengah mereka beranikan diri dengan berkata begini: "Umur masih muda, bila dah tua aku carilah masjid untuk ibadat banyak-banyak.” Hujjah yang zahirnya kelihatan hebat. Tetapi itu semua tipu daya nafsu dan Iblis. Panggilan kubur datang menyapanya dahulu sebelum mencapai "hari tua". Wal Iyazubillah.
(5) Tiada Ketenangan Hidup
Orang yang habiskan masa berlumba-lumba mencari kehebatan duniawi tak pernah tenteram hidupnya kerana sentiasa memikirkan bagaimana menambah-nambah kekayaannya dan bagaimana tewaskan pesaing-pesaingnya.
(6) Kufur Ni'mat Allah
Orang yang berlumba-lumba mencari kekayaan dan kemegahan akan kufur Ni'mat Allah. Dia tak mempunyai masa untuk bersyukur Ni’mat yang telah di-Kurniakan disebabkan kesibukannya mencari kekayaan dan kenikmatan baru.
(7) Hilang keberkatan Hidup
Kebanyakan kita akan berfikir dan berkata: “Untungnya orang yang kaya-raya, mewah hidupnya dan tak perlu susah-payah macam kita yang miskin.” Yang benar adalah : Orang yang tamak adalah orang sebenar-benar miskin dan faqir kerana tak pernah merasa cukup. Orang yang tak merasa cukup itulah sebenar-benar miskin. Pengertian lain membawa maksud : Telah hilang keberkatan hidupnya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Jauhilah sifat tamak kerana sesungguhnya tamak adalah suatu kefakiran (tersangat miskin) yang nyata. ”
[Imam Bukhari]
(8) Penyakit berpanjangan
Sebahagian daripada mereka mengalami kesakitan yang berpanjangan. Lazimnya mengalami penyakit-penyakit misteri yang tiada rawatan. Mereka habiskan wang puluhan ribu atau ratusan ribu mencari rawatan.
(9) Bebanan berat Pada Hari Perhitungan
Setengah daripada asbab seseorang tertahan lama di Mahsyar adalah kerana hartanya yang banyak ketika hayatnya. Setiap inci harta yang dihimpunkan dan dibelanjakan akan dihitung satu persatu. Orang yang melakukan kebaikan pun akan dihitung dan tertahan lama. Apa lagi orang yang melakukan dosa-dosa besar — dosa bakhil, tamak dan dosa-dosa lain. Alangkah baiknya mereka sedekahkan kebanyakan harta tersebut dan tinggalkan sebahagian yang memadai bagi anak-anaknya.
(10) Istidraj
Kebanyakan orang yang menghimpun kekayaan untuk dirinya dan abaikan Haq Allah dan haq makhluq, menyangka mereka orang kesayangan Allah. Sedangkan hakikatnya segala Ni’mat yang mereka kecapi menjadi _istidraj_, iaitu Pemberian Allah di dalam Kemurkaan-Nya. Wal Iyazubillah.
Firman Allah:
وَالَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لا يَعْلَمُونَ
Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, nanti Kami akan menarik mereka dengan beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui.
[Al A'raf (7) : Ayat 182]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apabila kamu melihat bahawa Allah Ta’ala memberikan Ni’mat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka, abaikan kewajipan, buat dosa besar ), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.”
[Imam At-Thabrani, Imam Ahmad dan Al-Baihaqi)
Moga Allah Ta'ala selamatkan kita semua dari tipu daya nafsu, syaitan, dunia dan makhluk yang membawa kebinasaan dunia Akhirat.
Bersambung siri 549 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment