■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 503)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 60:
Mencela, Mencaci Masa ( سُبُّوا الدَّهْرَ )
.....sambungan......
Akibat mencaci maki masa
====================
Akibat 1: Rosak atau musnah Iman
Orang yang mencaci-maki "masa", pada hakikatnya dia telah mempertikaikan Taqdir, mencaci-maki, menghina dan menyakiti Allah. Orang yang mencaci maki, menghina dan menyakiti Allah jatuh kepada dosa besar, kefasikan atau kekafiran. Wal Iyazubillah.
Akibat 2: Menerima azab kerana kufur Ni'mat Allah
Orang yang mencaci-maki "masa" tidak mensyukuri Ni'mat Allah, atau di dalam perkataan lain dia telah kufur Nikmat. Orang yang kufur Ni'mat Allah diancam dengan 'Azab yang sangat pedih.
Firman Allah Ta'ala:
لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan jika kamu sekalian bersyukur atas nikmat yang Aku berikan, maka niscaya akan Aku tambah nikmat-Ku untukmu. Dan jika kamu sekalian kufur atas nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku itu sangat pedih”.
[Ibrahim (14) : Ayat 7]
Akibat 3: Terkena La'nat Allah
Orang yang mencaci-maki "masa", mempersoalkan Taqdir Ketentuan Allah telah menyakiti Allah. Orang yang menyakiti Allah menerima La'nat Allah. Wal Iyazubilah.
Firman Allah:
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا
“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah akan melaknatinya di dunia dan di Akhirat, dan Menyediakan baginya siksa yang menghinakan.”
[Al-Ahzab (33) : Ayat 57]
Bersambung siri 504 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment