■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 504)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 60:
Mencela, Mencaci Masa ( سُبُّوا الدَّهْرَ )
.....sambungan......
Rawatan dan Penjagaan
==================
Rawatan dan Penjagaan 1:
Menyedari dan menginsafi bahawa mencaci maki " masa " merupakan dosa besar, kefasikan, kesyirikan dan kekufuran
Sebagaimana kami katakan, hal ini jarang didedahkan kepada Ummat sehingga kebanyakan orang Islam menyangka tidak mengapa mereka mencaci dan mempertikaian masa, zaman, waktu, cuaca, musim, iklim, panas terik,musim dingin dan lainnya berhubung dengan masa atau waktu. Akibatnya mereka seringkali mencaci-maki "masa" sebagai "tak guna", "celaka", "menyusahkan hidup" dsb. Wal Iyazubillah
Orang yang berbuat demikian menyangka mereka cuma mengutuk dan mencerca masa dan bukan mencaci Allah sedangkan berdasarkan Petunjuk Al-Qur'an, Hadith dan fatwa Masyaikh Ahlus Sunnah, terbukti bahawa perlakuan demikian merupakan kekufuran, kefasikan sehingga boleh membawa kepada kesyirikan — syirik akbar dan kekafiran, Wal Iyazubillah.
Rawatan dan Penjagaan 2:
Setiap sesuatu terjadi Menurut Taqdir Ilahi
Allah Yang Maha Menciptakan "masa" dan Mentaqdirkan segala sesuatu yang terjadi di dalamnya. Tiada suatu zarrah pun bergerak atau diam di alam ini melainkan ianya Taqdir Ketentuan Ilahi yang tertulis di _Lauhil-Mahfuz_ (Papan Suratan Taqdir) sejak _Azali_ lagi. Ia semata-mata Haq dan Kuasa Ilahi. Tiada kuasa makhluq mana pun mampu mengubahnya.
Firman Allah:
سُوۡرَةُ الفُرقان
ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدً۬ا وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ شَرِيكٌ۬ فِى ٱلۡمُلۡكِ وَخَلَقَ ڪُلَّ شَىۡءٍ۬ فَقَدَّرَهُ ۥ تَقۡدِيرً۬ا
Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam Pemerintahan-Nya dan Dialah yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluq itu dengan ketentuan Taqdir yang Sempurna."
[Al-Furqan (25) : Ayat 2]
Firman Allah:
إِنَّ ٱللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْراً
"Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
[At-Talaq (65) : Ayat 3 ]
Rawatan dan Penjagaan 3:
Allah Ta'ala menetapkan segala sesuatu dan merapikannya serapi-rapinya
Firman Allah:
وَتَرَى ٱلۡجِبَالَ تَحۡسَبُہَا جَامِدَةً۬ وَهِىَ تَمُرُّ مَرَّ ٱلسَّحَابِ صُنۡعَ ٱللَّهِ ٱلَّذِىٓ أَتۡقَنَ كُلَّ شَىۡءٍ إِنَّهُ ۥ خَبِيرُۢ بِمَا تَفۡعَلُونَ
"Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Dia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu lakukan"
[An-Naml (27) : Ayat 88]
Bersambung siri 505 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment